Saturday, December 31, 2011

7 sebab kenapa anda selalu letih.....

Selalu letih dan tidak bermaya?.... Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.

Sebab 1: Kekurangan darah

Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.
Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.
Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.
Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid

Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.
Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)

Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.
UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.
Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine

Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.
Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan.

Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

Sebab ke 6: Sleep Apnea

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?
‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.
Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

shortcut computer....try la...

Kebanyakan para pengguna komputer hanya tahu shortcut keyboard yang dasar saja, seperti menekan tombol Control (Ctrl) dengan tombol P pada keyboard untuk print sebuah dokumen. 

Tapi tahukan anda, ada banyak tombol yang dapat difungsikan lagi. Untuk memperbesar tampilan di komputer anda secara cepat, untuk menutup window browser anda, semua shortcut ini akan membuat anda berada dalam halaman website atau masih banyak lagi hanya dengan tekanan jari saja. 


Menambah/menyimpan sebuah Bookmark
PC : Ctrl + D 

Mac : Command/tombol Apple (lihat sebelah kanan) + D


Hapus Selamanya
PC: Shift + Delete 


Menutup Browser Anda 
PC: Alt + F4 

Mac: Ctrl + Q


Tunjukkan Desktop (tampilan depan/utama komputer anda) 
PC : tombol Window (lihat sebelah kanan) +D 

Mac : F11


Mencari file atau folder yang ada di komputer anda 
PC : tombol Window + F 

Mac : Command + F


Mengubah ukuran tampilan (zoom) 
PC : Ctrl + golek  tombol roda mouse anda 

Mac : Command + tanda plus ; Command + tanda minus


Membuka tab browser yang baru  anda tutup di browser anda
PC : Ctrl + Shift + T 

Mac : Command +Z


Pindah-pindah diantara semua program yang sedang dibuka
PC : Alt + Tab 

Mac : Command + Tab 




boleh la anda cube yek...cnfirm menjadik...

selamat tahun baru....

salam peepss.....

hari ni 31/12/2011...hari ni last tahun 2011...esok da masuk tahun baru...ape azam tahun baru nanti ek???
atau pon azam tahun 2011 tercapai x??

kite harap sgt thn 2012 nanti bnyk bnda2 yang baik berlaku...aku harap anak aku boleh jalan..sian my baby..belom bleh jalan lagi walaupon da umur nk masuk 3 tahun dah..sian dia...cpt jalan yer syg...umi syg adik sgt2..

anyway,semoga tahun baru nanti korg2 pon maju ke hadapan dan success selalu..okey...ermmhh..tak de idea nk tulis..
jumpe lg thn 2012 yer..

byeee....

Thursday, December 22, 2011

borink....

salam peepss....

hye..dah 2 minggu aku tak jengah blog nih..agak berkerawang gak la kot..dua minggu tinggal..actually dua minggu ni agak sibuk la...sibuk main game kot..hihihiihihi..bkn la..cme agak malas jer nk bkak blog..bkn per,no idea nk tulis...sibuk ngn assignment lg..tp xbuat pon..hihihihi....

ntah la..2 minggu ni excited nk mani game jer..tu yg terleka jap...ni pon sbb nk buat  kje..hihihihi..klu tak buat kje tak gak jengah blog ni...sian blog kite nih kn...

hurm..nk tulis ape lg ek...nanti la kite pikir...xpon kite share la ape2 artikel yg best2 nanti..okey chow...

Wednesday, December 7, 2011

P1 bagus ke tak???

salam peeps./...sbnarnye tgh tak der mood sgt sbb line internet lembab giler....nk update ape2 pon payah,nk upload gmbr lagi lasusah..lembab ya amat..sbbnye my hubby beli P1 wimax... kat lembah klang nih p1 ni sgt 2 la lembab...kat tganu boleh la laju giler...perghh..sakit ati yg teramat sgt bile launch tenet gune P1 nih..hangin jer....


tu la my hubby nk beli tp xnk bincang dlu.main bli jer...skang nih..kelembapan..hummm....sangat2 tak suke..so nk surf internet pon malas...tdo dlu lah..


okey uolsss..jumpe lg yer...


mood ~~~sangat2 hangin.....

Monday, December 5, 2011

ASSIGNMENT

salam peeps...


hye guys..uols sume tau tak kes PP v Dato Balwan Singh (2003) cmner???? pergh..sesak pale otak woo nk menganalisis hal guaman nih...ni assignment criminal law kite..tp adesss...cm sabut klape kpala nk buat...please bg pndapat uolss..uhukk....

Sunday, December 4, 2011

pemilik nyawaku...



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sehari itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

kenapa org melayu makan dengan tangan????



Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. 

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu. 

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? 

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes. 

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. 

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang 
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? 

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang............. !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.............

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu......

Saturday, December 3, 2011

perhimpunan umno...



ahaks...minggu nih kan minggu mesyuarat agung UMNO kn..huuhuh..bkn per...sajer jer nk share lagu tema Perhimpunan agung UMNO nih,..bkn nk cite pasal politik atau sebagainye yg dibentangkan di dalam UMNO just nk share lagu dia jer..best wooo lagu dia....jom check it out..



BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
“Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

Friday, December 2, 2011

angry bird sebenar..

salam peeps....


hye sumer....hari nih kite citer pasal game...hurmm..skang nih kan tgh top game angry bird..game burung yg sgt2 comel tuh...ahaaa..korg msti suke main game tuh kn..hahahha..klako pon ade lai kute main..


okeyh..today kite nk tunjuk gmbo angry2 bird tuh di dunia nyata..lg comel dari gmbo game tuh..cute2 jer..tp sume muke mcm garang @ tgh marah..perghh..cute giler seyhh...


jom kite tgk setiap satu watak angry bird tuh...


haaaa..ni watak utama dia...comel tak..cute sgt kan..rase nk picit2 jer lau jumpe..hihihihiihh..nme dia red alert...kening dia tuh yg dahsyat tuh...
yg wane kuning tuh slalu kite main dia boleh jadi laju berdesup klu tkan dia kn..hiihhi..nme dia lemon head...mmg btul la dia ade jambul yg cute tuh....
si biru ni pulak comel jer kecik..tp boleh tukar jadik 3 ekor mse kite main dia kn...nme dia blue quiff..comel kn..kn..kn...
haaa..yg itam bulat nih,mne dia top do...ijau yg muncung panjang cm burung kasawari ni nme dia mean green, icha ckup minat burung ijau nih..sbb dia suke ngn muncung si ijau nih..ahhaah..mcm2 lah si icha nih..last skali si putih debab tuh...nme dia sea bird...jambul tuh yg mahal tuh..hahhahah

okey lah..da tgk kn watak2 sebenar angry bird di dunia nyata..so,jom sambung main angry bird nih..okey...cawww....

assalammm....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.