Sunday, July 31, 2011

salam ramadhan...



selamat berpuasa kepada semua umat islam yang akan menjalani ibadah berpuasa esok...pada yg tiada pengecualian tuh (kaum lelaki ler terutamanya...) jgn lupe..pose penuh ek...hehehhehehe

pada kaum hawa..ekekek...walaupon kite diberi pengecualian di dalam bulan ramadhan,tp pd bulan2 biasa kita diwajibkan membayar semua puasa kita.....

so,kepada semua blogger..selamat berpuasa....!!!! peace yooo...


Saturday, July 30, 2011

apam eno

ni ade resepi yg best untuk dikongsi bersama...resepi apam eno...sape2 yg ikut sukatan,apam enonye akan menjadi begitu gebu sekali...huhuhuhu...jom share...






LANGKAH 1: SEDIAKAN IBU APAM
Ibu apam perlu disediakan lebih awal. Sekurang-kurangnya sehari sebelum apam ingin dimasak.
 
Bahan-bahan:
2 cwn nasi
1 cwn air
1 biji ragi

Cara-cara:
1. Rendam ragi dalam 1/2 cwn air supaya ia lembut.
2. Blender nasi, lebihan air (setengah cwn) dan ragi berserta air yg merendamnya sehingga halus. Kalau tak ada blender guna sudu pn boleh tekan-tekan hingga butiran nasi tidak nampak lagi. Ia akan menjadi seakan-akan bancuhan tepung dan air.
3. Simpan dalam bekas bertutup di dalam fridge (bkn dalam freezer tau) selama 1 hari paling singkat. Kalau nak peram lama pun tak pe.

LANGKAH 2: ADUNAN APAM
Bahan-bahan:
1 paket tepung beras.. diayak
3 senduk (besar) ibu apam
1/2 cwn gula.. kalau tak suka manis boleh kurangkan lagi
2 cwn air
2 paket eno.. guna yang peket biru tau (tiada perisa)
3 senduk (besar) sunquick campuran mangga

Cara-cara:
1. Panaskan pengkukus dengan api besar.
2. Campurkan semua bahan kecuali eno dan sunquick. Pastikan adunan tidak bergentel dan mengalir lembut.
3. Bila pengkukus telah betul-btul panas, kecikkan api.
4. Capmpurkan sunquick dalam adunan tadi. Ratakan. 
5. Kemudian masukan eno. Masukkan sepeket dan kacau rata setelah rata masukkan sepeket lagi.. Hanya masukkan eno bila betul2 nak kukuskan adunan ini. Adunan akan naik dua kali ganda.
6. Kemudian pindahkan adunan dalam mangkuk acuan atau loyang. Saya guna loyang sbb nak mudahkan kerja.
7. Adunan dikukus menggunakan api yang kecil. Kalau guna mangkuk acauan yang kecik , kukus selama 10-15 min atau sehingga terbentuk rekahan pada adunan. Kalau guna loyang besar, kukus selama 30-45 minit atau sehingga terbentuk rekahan pada tengah-tengah adunan. Setelah masak tutup api dan biarkan selama 2-3 minit sebelum dikeluarkan dari pengkukus (ini hanya untuk menggunakan loyang yang besar seperti saya).
8. Dah siap bolehla dimakan bersama parutan kelapa putih yang telah ditambah sedikit garam.

p/s Kalau tidak suka Sunquick tu boleh diganti dengan pewarna. Titikkan dalam 3-5 titisan sahaja. Kalau nak warna pekat bolehla tambah lagi.
Kalau nak buat apam perisa coklat.. bancuhan apam (no. 2) di ambil dalam semangkuk dan ditambahkan dengan 2 senduk serbuk koko/milo. Kacau rata. kemudian bancuhan ni dituang dalam bancuhan selebihnnya.. Pastikan ia tidak bergentel.. 
Untuk keluarkan apam dari mangkuk adunan.. rendamkan acuan dalam air buat seketika lepas tu bolehla dikeluarkan.Tapi hati-hati jangan apam terendam air tu dah la yer..

Selamat mencuba..

yogurt pancake

sharing lagi resepi....kalu ni nk buat bersahur pon boleh..huhuhuhu....hari ni ade kelapangan so gile mengupdate blog...jom kongsi resepi pancake....



bahan-bahan:

1 cawan susu
1/2 cawan plain yogurt
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 biji telur
1/2 tsp garam
1/2 tsp serbuk kulit kayu manis
1 biji epal di hiris membulat
sesudu madu

cara-cara
  1. masukkan semua bahan kecuali yogurt dan epal,gaul sampai sebati. blendkan semua.
  2. tuang adunan ke dalam mangkuk kemudian masukkan yogurt.cukup sekadar menggaul.
  3. panaskan kuali,letak sedikit minya,letak kan hirisan epal,tuang adunan bancuhan tadi ke atas epal.
  4. biarkan sehingga masak.balikkan sehingga kedua-dua bahagian masak
  5. da siap , taburkan madu di atas pancake td
  6. sedia untuk di hidang 

resepi ketupat sotong..

ahaaa....ni ade lagi resepi untuk berbuka puasa..iaitu resepi ketupat sotong..lau ade yg tertanye2 ape ketupat sotong nih ek...haaa...ni la mkanan faveret org pantai timur..nk2 yg kat terengganu tuh...sbbnye...my hubby org terengganu..mmg suke la lau aku buat ketupat sotong nih....
jom share resepi....


Bahan-bahan:

1 kg sotong
250gm beras pulut
2 ketul gula kabung (gula melaka) ataupon boleh guna gula pasir..ikut pada kesukaan manis..
500ml santan (sederhana pekat)
½ sudu teh garam



Daun pandan secukupnya
halba
bawang merah
halia
Cara memasak:

1. Bersihkan sotong



2. bawang merah dan halia dimayang halus

3. Masukkan beras pulut yang telah direndam dengan santan pekat, ke dalam badan sotong (1/3 bahagian sotong)



4. Masukkan sotong tersebut ke dalam periuk yg telah diletak santan, garam, halba dan gula melaka.berserta bawang dan halia yang dimayang tadi.

5. Kemudian masukkan daun pandan. Kacau rata dan masak sehingga pekat. Sedia dihidangkan.


selamat mencuba :)

khasiat buah kurma

Bagi penggemar buah tamar atau kurma memang sedap dimakan, sekarang ini sepanjang masa kita boleh dapat buah kurma. Tapi bila hampir ramadhan lambakan buah kurma di- semua pasaraya dapat kita lihat  yang mana kini  telah pun berada dipasaran, cuma buah kurma yang belum cukup masak atau yang baru masak agak sukar didapati. Buah yang belum masak juga rasanya sedap dan ranggup. Sepertimana pic di bawah buah kurma yang belum 
masak yang mana dapat dari keluarga angkat yang tinggal di Timur Tengah, bila tiba musim panas dan cuti sekolah mereka akan pulang ke Malaysia. 

Musim panas di sana yang luar biasa kepanasannya. Hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan berada di bulan Ramadhan, semuga kita akan bertemu bulan ini sekiranya Allah panjangkan umur kita, sama-samalah kita dapat
menjalani ibadah puasa yang mana merupakan rukun Islam.



Buah  kurma  atau  dalam  bahasa Arab,  tamar adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta 
zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Kandungan  protein  didalam  kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa.  Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. 
Bermakna apabila  kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta. Gula didalam kebanyakan   buah-buahan   dikenali   sebagai   fraktosa  dan  gula  tebu  atau  gula  pasir  yang  biasa mengandungi  sukrosa  tidak  boleh menyerap terus dalam badan. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh 
enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga.

Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. 
Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandungi potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem saraf. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium 
tetapi jumlahnya sedikit.

Pengambilan  potasium  yang  berlebihan  tidak mengumpul toksik didalam badan dan tidak memudaratkan. 
Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit,  lemah  otot,  sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan. 

Ramai  beranggapan  hanya  kismis  yang  baik  untuk  menguatkan  ingatan, sebenarnya kurma juga adalah setanding.  Mungkin  atas  alasan  pihak-pihak  tertentu  atau  negara  pengeluar anggur telah menjalankan 
kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. 
“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan”.
(Al-Mukminuun;19)

KURMA adalah buah yang berkat, Rasulullah SAW mewasiatkan kepada kita untuk memulakan sesi berbuka puasa dengannya. 

Daripada Salman ibn 'Aamir, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu 
hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci.” 
(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Daripada Anas: “Sesungguhnya Nabi berbuka puasa dengan beberapa ruthab (kurma basah dan segar yang 
baru dipetik dari pokok) sebelum solat Maghrib, kalau tidak ada ruthab, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering), jika tidak ada, maka dengan meneguk beberapa tegukan air putih.” 
(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

kenali perfume anda

1st kene tau jenis perfume..                                                                                            1. Cologne
2Eau de Toilette (EDT)
3. Eau de Perfume (EDP)
4. Parfum

korg rase yg mane kalo korg pakai dr pg sampai mlm bau stil xilang?

Oke, yg bezakan jenis perfume ni adalah kepekatan minyak harumannye sama ada drpd ekstrak semulajadi, sintetik, dicairkan menggunakan air atau alkohol bergred tggi..Haruman yg mempunyai kepekatan minyak yg tinggi tahan lebih.

Cologne                    -        mengandungi 4% minyak pati

Eau de Toilette (EDT)   -        mengandungi 8% - 15% minyak pati

Eau de Perfume (EDP)   -       mengandungi 15% - 22% minyak pati

Parfum                           -         mengandungi 22% minyak pati

so, yg lebih tahan lama adalah Parfum kerana kandungan patinye lebih pekat..






Cara memilih perfume
Selain menyemburkan kat atas kertas then kibas² kertas tu, perfume gak leh di try pd sapu tgn..ini utk mencium camne bau perfume tu pd fabrik. Boleh gak menyemburkan ke udara di atas tubuh anda berdiri. Then bile titis minyak wangi tu jatuh..tarik nafas dalam² dan hayati keharumannya..

Tips untuk memakai perfume
Waktu siang - semburkan pada pergelangan tangan, sendi kaki dan perut. Cara ini utk mengelakkan tindak balas wangian itu dengan sinaran UV dan mengelakkan iritasi pd kulit.
Waktu malam - sesuai disemburkan pd bahagian tengkok atau blkg leher.

Tips lain :
~ utk membuatkan perfume yg dipakai tahan lama baunye, pakai bersama losen dan gel mandian dlm satu     rangkaian yg sama (biasanye disertakan dlm set perfume).
~ utk mengetahui sama ada perfume yg dibeli tu original atau tidak, goncangkan botol perfume then tgk buihnye..jika buih sikit dan cpt hilang tutak ori..dan jika byk buih dan lambat ilang..haa ni bru ORIGINAL..(tips ni aku dpt dr sorg member yg jual minyak wangi).

cucur udang...

hye peeps....salam...


isnin ni da nak puasa kan,so jom share resepi cucur udang nih...nanti leh la wat untuk berbuka puasa....






BAHAN-BAHAN

  • 500 gram tepung gandum
  • 20 ekor udang besar (boleh lebih atau kurang-buang kepala sahaja)
  • 1 mangkuk kecil tauge
  • 1 mangkuk kecil daun kuchai (potong 1 inci)
  • 1 biji telur
  • 1 biji cili merah (hiris halus)
  • 2 biji bawang merah (racik halus)
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sudu teh gula
  • Sedikit kunyit
  • Air secukupnya
  • Minyak utk menggoreng

KUAH 
  • 2 cawan kacang (goreng dengan minyak tanpa buang kulit hingga masak)
  • 6 sudu besar cili boh (boleh lebih atau kurangkan)
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air asam jawa
  • Air secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Masukkan tepung, udang, tauge, kuchai, telur, cili merah, bawang merah, garam, gula dan kunyit ke dalam satu mangkuk besar.Tambahkan air hingga adunan menjadi boleh dijemput.Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
  2. Panaskan minyak.Jumputkan adunan ke dalam minyak yang betul-betul panas.Goreng hingga kekuningan.Angkat dan hidang dalam pinggan.
  3. Masukkan semua bahan kuah dalam pengisar dan kisar kasar bahan ini.Jangan sampai halus.
  4. Masak bahan kisaran ini di atas api sederhana hingga pekat.Angkat dan hidangkan dengan cucur udang.
selamat mencuba..... :)

Tuesday, July 26, 2011

exam...exam..examm....

aaarrghhh.....minggu nih minggu exam...undang-undang pertengahan ...ade 2 paper yg aku kne ambik...actually dua paper ni adelah paper yg aku tak lulus thn lepas...ekekekek...

nk kate subjek tu ssh tak jugak,tp kanun keseksaan (mmg seksa la nk cri jawapan....)rmai yang lulus..aku jek tak lulus..hhahahahaha...satu subjek lagi undang2 am...yg ni mmg ssh la kot sbb rata2 calon sume tak lulus lagi..ekekekekkeke....bkn per,buku undang2 am nih tebalnye 3 kali ganda buku kanun keseksaan,pastu pulak dia ade 4 jilid...nasib la jilid bape punye buku dia nk kuar soklan..tak ke haru gitu..hahhahahaha

tp kire aku ambik 2 subjek je laa...3 subjek lagi aku da lepas..heheheh...yg lepas pon subjek senang..mmg majoriti yg ambik pekse thn lepas tak lulus lah...yg lulus 5 subjek sume stakat ni sorg jek yg aku tau...yg lain aku tak tau la...untung la kabel beso leh lulus 5 subjek..aku pki kete kabel jek..tu yg tak menjadi...hahhahahahha

ape pon,sok subjek undang2 am..hopely dpt jawab ngan cmerlang...kikikiki...adiosss...

Sunday, July 24, 2011

genting highlands....

hye korang2 sumer.....fusss minggu lepas i tader nk update belog yg ala2 cute nih...almaklum lah..sibuk ngan bengkel pelarasan perjawatan kat hotel seri malaysia genting highlands...hihihihihi.....minggu ni insyaallah lau ade mase ber update la stiap hari...tu pon lau tak sibuk mane laaa...(tp ayat mcm sibuk jer rasenye...) hahahahahahah....


nk kate tension..ade la sikit...nk kate letih...pon ade la sikit...tp yg penting aku ngan sahabat2 hepy always..bnyk mne pon kje..kami ttp 'gile-gile' ..bkn per lau konsentrate sgt nanti gile betul jadiknye..hahhahahah....nk2 sume kje kne perah otak...smpi da kering da otak aku nih nk memikirknnye..


skarang kami da turun dari atas bukit tuh dan menyambung kje kami di opis...mane nk siap buat kje kat atas sane,blambak2 lagi kje tak siap...almaklum lah,kami punye kje ,format2 sume dapat hari khamis sebelum pergi,tp kontinjen lain da dapat format sebulan sebelum lagi....haaaa.....sengsara ke tak sengsara kami nk buat kje yg tempoh sebulan tuh dlm mase 4 hari...haru biru jadiknye...cm katun wat kje...abis sume lantai dewan hotel tu kami pulun habis...smpi landing2 ala-ala model lagi kat atas lantai tuh...hahhahahahah...tp kontinjen lain yg dapat sebulan sebelum pon rmai lagi tak siap..yg siap kontinjen2 kecik jer...alahaiii..tu yg kontinjen lain akan kelam kabut lau ckp kontinjen selangor da siap...sbb kontinjen selangor ni la paling ramai anggota nk kne selaraskan....mau tak haru biru.....bg tempoh sebulan pon blum tentu siap kot...


tapi tu lah..sibuk mane pon  hepy ttp hepy....smpi org lain pon pelik yg kitorg ni boleh gelak2 sampai pecah perut sedangkan lom siap2 lagi nk buat...hadoiii....lau nk kire bnyk gile tuh kje yg menunggu...alamatnye balik lewat malam setiap hari la minggu nih....sian my daughter...da la nk g wat MRI minggu nih...kne tinggal la adik....balik2 da tido..huhuhuhu


nih ade gambo2 kami mase kat saner....walaupon letih....kite ttp ENJOY !!!!!


ni tgh banyak keje tapi tetap maintain senyum....mak dara senyum simpul..anak dara senyum meleret....hahhahahhha

mmg tgh khusyuk wat kje tahap gaban...tapi..sesibuk manepon keje senyuman tetap terukir....knnnn...tp zura siyes la pulok....hahahhahah....kn aku da suh senyum dimana2 pon ....

ni bos besar kami...da tak larat nk snyum,da tak larat nk gelak sbb time bengkel ni dia la yg paling banyak gelak...smpi kitorg anak buah dia ni pon hairan pasai pa dia punye la hepy yg teramat mase kat genting nih...hurmm....lain mcm jek boss nih...ade pape yg kami  tak tau ke smpi boss begitu gumbiraaa.....????lalalalalala...


ni tajuk bengkel kami..nk tulis panjang sgt...take pic jer la ek..hahhha..ni pon mohd lan yg ambik nih...

senyum seindah suria..yg membawa bahgia....senyum lah dari hati..dunia mu berseri...wahhh...tak pnahnye tak senyum...hahhahahahha

mcm puas hati gile si mohd lan nih...hahhahahahaha..isk..takkan lann..takkan....takkan smpi begini hepynyer...smpi terserlah sinaran gigi..hahhahahahahha

alahai...apekes time nih aku siyes giler ek????hahahahha tak perasan gmbo di snap daaa....lalalalalallalala

ni time kitorg landing di lantai...best gile waktu nih...mcm bersantai di tepi pantai...padahal lam dewan jek...bnyk sgt kertas,smpi tak leh buat atas meja dah...

'terima kasih' lan....sebab sentiasa bersama kontinjen selangor dari mula sampai akhir walaupon dalam keadaan terpaksa smpi berair2 bijik mate mu itu...errr..maksud???hahahahhahaha 'takkan' lan..'takkan'....


mase hari terakhir kami di Seri Malaysia...berseri2 la sebab nak balik dah...

sebelum balik singgah ladang strawberry jap ..membeli belah strawberi...mmg fun sgt la  dapat petik buah strawberi sendiri..first time memetik di ladang...


pantang nmpk strawberi..lau boleh yg muda pon aku nk gunting..hahhahahaah..... jakonn...

selesai membeli belah di ladang strawberi...muke sume tersenyum puas bawak  balik sorg sebungkus buah strawberi...tp apsal si zura tu mcm berbungkus2 jek...hahhahah....


abis petik buah strawbery pegi bergambar ngn burung lak...huhuhuhu..pantang nmpk yg best..abis sume kami nk  try....
lau nk tau ni la parrot beso yg dah cabut butang baju aku..time nih dia tengah syok mengunyah butang baju aku...si baik ade brooch spare leh la pin kat tmpt butang tcabut tuh..hahhahahah...lau tak ooopsss...seksi + seksa...laaaa...

hurm..begitu lah serba sedikit gmbo kami semasa di sana...nk upload bnyk2 pnuh lak blog nih nanti..sikit2 dah ar kn..hehehheheheh....harap korg yg tgk pon enjoy gak la...hahahhaha.....adioss...salamm..

Tuesday, July 19, 2011

bengkel pelarasan perjawatan...

wahhhh....lmenye tak update...hari ni aku ade bengkel pelarasan perjawatan kat Hotel Seri Malaysia genting highland..hurm..selama 4 hari aku kat sini...adesss...bengkek kepala otak...huhuhuhuuhu...

so,update pon mungkin tak der la minggu nih...mmg bz tahap gaban ler...

minggu depan kite jumpe yer...adiosss....

Tuesday, July 12, 2011

wahhh...

korg2 sume...perasan tak..yg blogger ni ade setting baru...klu korg perasan kat design tuh,ade button setting baru la...huhuhuhuhu...patut la ari tu blog sy nih tunggang langgang..rupenye dia nk upgrade lg...

huhuhu...skang bru la puas ati...ari tu bkn men riso lagi sbb kotak followers tak muncul..nk follow org xleh,nk tgk org follow kite pon xleh..hhuhuh

skang sumenye telah kembali kepada asal....tapi favicon tu bnde per ek??hehheheh...almaklum la sy budak baru belajar...lau ade yg bg tutorial tu sy ikut la...tp bnda baru ni sy xtau lagi..hehehhehe..klu sesaper tau..tolong ajarkan eh..hehehhehehe....da try klik td pastu tetiba kuar folder picture lam disk...heheh...pastu blur xtau nk wat per..kang silap klik ntah pape lak kuar kang....lalallalallaal

tahniah la ade kmajuan blog nih..hikhikhik....

suami idaman wanita


Isteri adalah untuk dikasihi dan disayangi dengan penuh kasih sayang. Isteri bukan tempat untuk si suami melepaskan amarah yang tiada berkesudahan . Isteri adalah makhluk tuhan yang perlu dibelai, dididik dan dihormati setiap masa.
Setiap hari ada sahaja kisah menyayat hati para isteri yang didera si suami didengari dan tertulis di akhbar. Ada antara mereka yang dilanda trauma yang teruk, didera, dipukul, disepak terajang dan banyak lagi. Sesetengah para suami yang menjadi kaki dera ini beranggapan si isteri layak 'diajar' sedemikian rupa agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Ada juga antara para suami yang menjadi kaki dera kerana telah berasa bosan dengan isterinya yang dianggap tidak menarik lagi dan sebagainya. Malah ada juga yang cuba mencari 'syurga' diluar dengan berlaku curang terhadap isterinya.
Apabila banyak kisah sebegini dipaparkan di dada akhbar dan majalah, semakin ramailah wanita takut untuk mendirikan rumah tangga dan berkahwin kerana mereka khuatir sekiranya hubungan mereka itu juga akan berakhir dengan kisah tragis didera suami atau dicurangi suami .
Persoalannya, adakah ini salah lelaki yang bergelar suami yang tidak tahu menghargai para isteri ataupun salah para isteri yang tidak pandai melayan hati suami?
Lebih baik kita usah menunding jari antara satu sama lain. Baik para suami mahupun para isteri masing- masing tidak patut dipersalahkan . Sekiranya para suami dan isteri sama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai suami-isteri seperti yang telah digariskan didalam Al-Qur'an dan As-sunnah sudah tentu tidak akan timbul kes-kes penderaan isteri dan kes-kes curang terhadap pasangan masing-masing.
Banyak kisah-kisah Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang dapat para suami jadikan contoh dalam melayari kehidupan berumah tangga agar rumahtangga sentiasa harmoni dan diredhai Allah s.w.t
 Kerana Sifat Al-Amin, Siti Khadijah terpikat
Rasulullah s.a.w telah digelar dengan gelaran Al-Amin oleh para penduduk Kota Mekah kerana beliau telah diberi amanah oleh para pemuda Quraisy ketika isu untuk meletakkan Hajar Al-Aswad timbul. Baginda telah diberikan amanah tersebut kerana seluruh Kota Mekah mengenali baginda dengan sikap baginda yang amanah dan boleh dipercayai.
Abu Lahab pernah cuba meminang Siti Khadijah melalui Abu Thalib. Namun, Abu Thalib telah menolaknya dan Abu Thalib berkata :
"Dalam pertemuanku itu, Khadijah mengatakan dia memerlukan seorang lelaki yang dapat dipercayai bagi menjalankan perniagaannya. Dia berpesan supaya mencarikannya seorang lelaki yang jujur dan dapat dipercayai. Ayah tidak nampak orang lain selain kamu, wahai Muhammad."
Agak-agaknya apakah ciri-ciri orang yang boleh dipercayai yang dimaksudkan Siti Khadijah r.a? Antaranya adalah mempunyai tutur kata yang baik, amanah, jujur serta tidak berbohong.
Wahai para suami dan lelaki diluar sana adakah sukar bagi anda semua untuk mempunyai ciri-ciri murni seperti yang diatas? Sekiranya sukar, muhasabahlah kembali diri anda mengapa ianya menjadi sukar sedangkan ia tidak mustahil untuk dipraktikkan. 
Keberanian dan ketulusan Saidina Ali r.a
Dua sahabat terkemuka iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar telah cuba meminang Fatimah, namun pinangan mereka ditolak dengan baik oleh Rasulullah.
Namun yang akhirnya bernikah dengan Saidatina Fatimah adalah Saidina Ali r.a.
Apakah yang menyebabkan Saidina Ali r.a dipilih oleh Rasulullah s.a.w sebagai menantu baginda? Jelas Rasulullah s.a.w memilih Saidina Ali r.a sebagai menantu baginda kerana sifat keberanian yang terselah dalam diri Saidina Ali r.a. Sejauh manakah keberanian Saidina Ali r.a yang telah menyebabkan beliau dipilih oleh baginda Nabi menjadi menantu baginda? Antara keberanian Saidina Ali r.a sebelum perkahwinan beliau dengan Siti Fatimah r.a lagi, Saidina Ali memang sentiasa berdamping dengan Rasulullah s.a.w. Akhirnya, beliau sendiri berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w dan menyatakan hasrat beliau untuk mengahwini Saidatina Fatimah r.a.
Berlainan dengan para lelaki zaman sekarang yang hanya berani dan rapat dengan keluarga bakal mertua ketika sebelum berkahwin dengan bakal isteri sahaja. Apabila sudah berkahwin, keluarga mertua sering dilupakan dan tidak diziarahi seperti sebelumnya. Malah ada para isteri yang tidak dibenarkan melawat keluarganya apabila sudah berkahwin.
 Keikhlasan cinta Abu Salamah
Abu Salamah merupakan saudara susuan kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w. Beliau telah ditakdirkan bertemu jodoh dengan sepupu Khalid al-Walid, yakni Hindun binti Abu Umayyah atau lebih dikenali sebagai Ummu Salamah.
Ummu Salamah merupakan seorang wanita yang sangat cantik, mulia, terhormat dan bijaksana. Cintanya kepada Abu Salamah terlalu besar. Abu Salamah merupakan seorang pahlawan Islam yang berani dan terbilang, beliau sering tercedera ketika berjuang di medan peperangan. Setiap kali Abu Salamah tercedera, Ummu Salamah akan menumpukan sepenuh perhatiannya untuk merawat suaminya yang tercinta.
Namun, telah ditakdirkan jodoh mereka tidak berpanjangan. Abu Salamah pergi meninggalkan Ummu Salamah ketika luka lamanya semasa perperangan berdarah kembali. Saat-saat sebelum pemergian Abu Salamah, Ummu Salamah berkata :
"Kandaku sayang! Dinda mendengar bahawa jika seorang isteri ditinggal mati oleh suaminya, sementara suaminya itu menjadi penghuni syurga dan isterinya tidak menikah lagi, maka Allah mengumpul mereka kembali ke alam syurga. Maka berjanjilah wahai kekasihku, kanda tidak akan menikah lagi, seandainya dinda pergi dulu. Dinda juga akan berjanji akan tidak menikah lagi andai kanda pergi dulu.
Abu Salamah memang mencintai isterinya, dan mengharapkan wanita solehah, secantik dan sebijak isterinya dimiliki oleh seorang yang lebih baik darinya. Dalam tenat berbicara, Abu Salamah membuat keputusan yang terbaik buat isterinya.
"Mahukah dinda taat kepada kanda?' kata Abu Salamah.
"Sudah tentu wahai kekasihku," jawab Ummu Salamah.
"Berjanjilah, jika kanda pergi terlebih dahulu, maka menikahlah lagi," pinta Abu Salamah. Ummu Salamah terkedu, air matanya bercucuran hiba.
"Ya Allah, jika aku mati terlebih dahulu, maka berikanlah Ummu Salamah seorang suami yang lebih baik daripadaku yang tidak akan membuatnya sedih dan menyakitinya," doa Abu Salamah dalam kepayahan.
Abu Salamah berdoa untuk isterinya sebelum dia meninggal dunia, agar isterinya memperoleh kebaikan yang tak terhingga tatkala dia menutup mata.
Demikianlah keikhlasan cinta seorang suami kepada isterinya, memikirkan yang terbaik untuk isterinya, dan akhirnya, Ummu Salamah bernikah dengan Rasulullah s.a.w 
Romantis ala Rasulullah
Sebut perkataan romantis pasti ada antara kalian yang membayangkan romantis jiwang seperti yang selalu dipaparkan didalam drama atau filem-filem cinta. Namun romantik ala Rasulullah berbeza dengan gambaran romantis yang digambar kan didalam drama mahupun filem-filem cinta. Romantik adalah penghubung kemesraan dalam berumahtangga. Pernah suatu ketika Nabi Muhammad s.a.w keluar menyambut salam dari sahabatnya, dan sahabatnya melihat tangan baginda terdapat tepung. Rupa-rupanya ketika itu baginda sedang membantu isterinya menguli tepung didapur.
Rasulullah s.a.w juga cukup romantik ketika menegur isteri-isteri baginda. Pernah suatu ketika Saidatina Aisyah memasak sesuatu, dan menjemput baginda nabi merasainya. Saidatina Aisyah bertanya tentang masakannya. Lantas, Nabi Muhammad s.a.w sendiri menyuapkan makanan itu ke dalam mulut Aisyah. Tahulah Aisyah mengenai masakannya itu.
Daripada Aisyah r.a, beliau berkata : "Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya".
"Lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur).
******************************
Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah hidup bersuami isteri yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda untuk dijadikan contoh dan teladan buat para suami masa kini agar sentiasa berhemah dan berhikmah dalam menguruskan keluarga dan rumah tangga.
Kepada para suami dan para lelaki yang bakal menjadi suami, bangkitlah menjadi lelaki yang berkualiti bukan lelaki yang dibenci oleh wanita dan Allah s.w.t.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.