Saturday, May 28, 2011

kelas dah bermulaaa......

hari nih,kelas ku dah bermula...mula lah idup sbg student kat kolej Saito..kolej kerjasama dengan PDRM...rmai gak la polis2 yang sambung blajo..so aku pon tak terkecuali nk la menyambung pelajaran sbb aku nk pandai gak..ngeeee....bkn sbb nk bersaing,tp nk menambahkan ilmu di dada...ner tau lepas dapat dip.aku nk sambung ijazah lak...ceeewaaahh..hajat bkn main tinggi lagi..hehhehe...tapi tak salah kan nk berangan2...

tp adesss....blajo dlm bahasa inggeris..da la inggeris aku tunggang langgang..hahhaaa...broken english laa..ataupon omputih kampung...hahhahahahah...sadis jek...

fuusss..nk tido dah..kelas sabtu ahad derrr...hik....hik...kang bngun lambat...sok kul 9 da kne ade lam kelas..jgn aku tido lam kelas udah lerrr..hahahhahahah

Wednesday, May 25, 2011

~~~rahsia wanita~~~


> > 1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
> >
> > 2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti
hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
> >
> > 3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus
di tengah jalan).
> >
> > 4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu
akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan
lelaki lain.
> >
> > 5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat!!
> >
> > 6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak
menerima pujian.
> >
> > 7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh
mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat
dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia
akan lakukan apa saja.
> >
> > 8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
> >
> > 9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
> >
> > 10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak
berguna.
> >
> > 11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
> >
> > 12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja
ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh
minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
> >
> > 13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan
senyum sebarangan.
> >
> > 14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
> >
> > 15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
> >
> > 16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
> >
> > 17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
> >
> > 18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
> >
> > 19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk
memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku
cinta.
> >
> > 20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh

wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.
> >
> > 21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki
yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di
hatinya!!
> >
> > 22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
> >
> > 23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
> >
> > 24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka
semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
> >
> > 25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.
> >
> > 26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh
hati..
> >
> > 27. Senjata wanita adalah airmata!!
> >
> > 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan
surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan

rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini
dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
> >
> > 29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
> >
> > 30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa
> >

Monday, May 23, 2011

singkap rahsia peribadi melalui hidung..

Allah menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begituunik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selainwajah dan tingkahlaku seseorangbentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkapperibadi seseorang itu. Ayuh tinjauperibadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya.

Hidung panjang :
Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti inidia merupakan seorang yang mempunyaipersonaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya.Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja'mencari pasaldengan mereka yang berhidung panjang.

Selain itumereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hatihanya pada mereka yang tahumenghargainyaAnda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuanyang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudahberjaya dalam perniagaan dan bidang seni.


Hidung kecil :
Si empunya hidung kecilmempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Diajuga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecilsukamencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.

Dia juga seorang yang peramahdan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya.Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah andarasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.

Awaspemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain danbersikap terburu-buru dalam membuat keputusantanpa memikirkan pro dan kontra keputusantersebut. Ha... bila dah tersilap langkahtiada gunanya lagi...


Hidung paruh burung :
"Eh, betullah. Sekali pandanghidung dia macam paruh burungnampak macam patahkan!" Mungkinitu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha...jangan tak tahu... mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannyaMereka mempunyaipendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.

Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaantidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuaisebelum membuat sesuatu tindakanPasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruhburung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatifkreatif dan bijaktetapi mereka agak sukaruntuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.


Hidung tajam :
Ha... jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajamMereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagimereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkaratersebutErmjangan salah fahampemilik si hidung tajam inibukanlah kaki pisau cucurmerekamengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpangkekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dansenang.

Ermapalagi pastikan bentuk hidung pasangan anda agar mudah untuk anda mengenalpasti peribadiatau personalitinya. Selepas initiada lagi alasan untuk anda tidak mengetahui peribadi pasangananda. Bagi mereka yang berhidung kembangkecil runcingpesek dan luruspastikan anda membacaartikel ini dalam bahagian kedua. Selamat menilik!


Bahagian 2 
Erm... bagaimana agaknya?
 Sudahkah anda menilik hidung pasangan anda? Atau... bentuk hidungpasangan anda tidak disenaraikan dalam bahagian yang pertama dulu? Ha... jangan risaudalambahagian kedua inikita akan terus menerokai empat lagi bentuk hidung iaitu hidung lurushidungkembanghidung runcing dan hidung pesek.

Hidung lurus: Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha... mereka inimerupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkaraMereka adalahgolongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiriSihidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipuAwassekali andatelah menipu si hidung lurusperatus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Janganmain-main.



Hidung kembang: Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalammelakukan apa jua kerjaMereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharianmereka. Jika anda ingin meminta pertolongancarilah pemilik hidung kembang sebab mereka akanmembantu anda pada bila-bila masaMereka mudah kasihan kepada teman-temansehingga tidaksanggup untuk mengecewakan sesiapa.



Hidung runcing: Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amatberdiplomasi. Ha... jangan tak tahumereka yang berhidung runcing juga licik orangnyamereka jugabersikap pentingkan diri sendiriSatu lagi kelemahan si hidung runcingmereka mudah terpengaruhdengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangkajadi janganlah andamelakukan sesuatu yang 'bodohkerana ia akan menjerat diri anda sendiri.



Hidung pesek: Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuatberahsiaOrang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaanmereka dari semasa ke semasaMereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatuperkarasedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidungpesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka

43 perkara yang dianggap ringan tetapi sebenarnya menyekat rezeki

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1.
 tidak sembahyang atau solat.
2.
 tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4.
 memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6.
 berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8.
 suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14.
 suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19.
 tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28.
 membasuh kaki dengan tangan kanan.
29.
 membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35.
 berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41.
 mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42.
 menguap ketika solat.
43.
 meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Yang highlighted tu adalah yg kerap kita terbuat.
 

salah ker wanita tak tahu masak???

ini sekadar pandangan dan pendapat....huhuhu

Kalau perempuan tidak boleh memasakdikutuk dan disuruh belajar. 
Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay sajaJangan
diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuantak pandai
masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat
lelaki pada seorang anak darajuga rakan sejawat kamiMaka jawaplah
si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari
kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan
perhatian pada pelajaran sajaSetelah tinggal di asramapeluang
pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan
penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan
kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap
tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi
menggeleng-geleng kepalaBaginya tidak sempurna seorang wanita jika
tidak tahu memasakWanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang
katajika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang
seumur hidupLelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai
perkara utama dan ungkapan hendak memikat suamiperlu pikat seleranya
sering diguna pakaiTidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau
berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak
mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video
game di komputer mereka rasa lebih perluKalau tidak tahu memasak
disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handalJika handal bukan
setakat masak untuk keluarga sendirikalau boleh perlu boleh memasak
untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau
tidak pandai jadi imam, belajarlahMula-mula jadi imam kepada
keluarga sendirisudah terror boleh mengimam satu taman perumahan
juga"Sibuk suruh kita handal memasakmereka tu bolehkah jadi imam?"
Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang
menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai
agenda utamaselain keperluan memenuhi pelbagai seleranyaMaka
bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang
satu iniTernyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam
sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurnasalah tajwid atau pun
dia merasakan isterinya lebih handalAda yang kata lebih elok dia dan
isteri sembahyang sendiri-sendiriAda juga menjawabrasa kelakar
pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita
beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai
memasak jika mahu bersuamiLelaki juga harus boleh menjadi imam
supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau
menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandaibelajarlah
sekarangJika wanita disuruh belajarapa salahnya lelaki!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.