Wednesday, June 29, 2011

tak suke tak ape...

hurm..just nak luah perasaan kat sini...bnda ni blaku kat laman lain,tp aku luahkan kat sini jek la...kang sentap pulak lau aku ckp kat laman tuh...

citenyer cmnih..ade la sorg makhluk tuh..dia tak puas ati ngan komen2 friend dia...ape yg friend dia komen sume tak betul,sume dia meluat,sume dia tak suke...tp dia komen yg meluat2 boleh pulak...stakat suh laki balik umah pastu tlis status kat wall boleh jer...takder pon org nk ckp meluat...
tp bile org lain tulis yg tak puas ati sikit,boleh pulak dia tak suke....cube dia bayangkan ayat yg dia tulis tuh ditujukan kat dia smula...kalau rase tak suke ,menyampah,remove jer dari friend list..kn snang...tak payah lagi nk nmpk status2 dia yg sangat2 buat ko tak puas ati,yg sgt ko meluat dan menyampah....cube lau org wat mcm tu kt  ko,aku rase takde kwn dah ko tuh...sbb ayat2 ko tu lg buat org meluat dan menyampah....

sukehati org la nk tulis ape ponn..takkan kne ikut ckp ko plak..ade wall sndri tulis la ape yg tak puas ati..ko tulis ape2 takde sape lak nk bising,tetiba ko lak yg terlalu excited tak suke kt org..haish...aku tak paham la...meroyan kot..ahakss...mmg la tak elok mengata org,membenci org,tp ko pon 2x5 gak lau menulis...tak yah nk bnci2 org...ko pon same jer...

hurm...cmtu lah kisah ketidak puasan somebody...ntah ape2 laa...agaknye dia sorg jer kot yg boleh marah2 org,ngutuk2 org...org lain tak boleh..hadooii laa.....ntah ape2 perangai...jgn ingat diri tu baik..cermin diri sndri dlu,pas tu baru leh nk cermin diri org lain ok....

ok lah..sekadar nk meluahkan ketidak puasan...bkn tak boleh nk nasihat org,tp terang2 ko pon sme mengutuk org...
so???pikir2 kan lah yer...byeee....


zikir sebelum tidur.....

Ingin sekali berbicara sebagai tazkirah untuk diri sendiri tentang peringatan dan amalan simple tetapi amat besar di sisi Allah Ta'ala yang diajarkan oleh Rasulullah SAW sebagai guideline kepada kita untuk menempuh mencari kehidupan sebenar yang kekal abadi di akirat nanti. Pencarian kita di dunia ini hanyalah sebagai bekal untuk hidup di akhirat nanti. Jangan sesekali kita jadikan kehidupan dunia sebagai tujuan hidup ini.
Hari ini ana hendak berkongsi satu amalan yang makin dilupai oleh umat Islam seantero dunia kerana kealpaan kita merealisasikan sunnah Rasulullah SAW dan terlalu terpengaruh dengan budaya barat. Amalan yang ana maksudkan ini ialah zikir sebelum mati kecil atau tidur.
Saidina Ali RA pernah berkata (lebih kurang begini,tak ingat sangat nas sebenar): "Setiap orang yang berakal dari kalangan kami (sahabat) mesti membaca zikir sebelum tidur sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Maknanya di sini, dari budak-budak yang telah baligh hingga yang dah tua pasti mengetahui zikir-zikir yang patut dibaca sebelum tidur sebagaimana yang ditinggalkan oleh Nabi kita Muhammad SAW.
Remaja hari ini lebih suka memasang suara-suara syaitan daripada membaca doa atau zikir mengingati Allah Ta'ala sedangkan penyanyi atau sesiapa sahaja tidak dapat menjamin kita bangkit hidup macam biasa keesokan harinya.Tapi itulah hakikatnya sekarang ini,mereka lebih suka mengakhiri hidupnya dengan benda-benda yang laghawut tiada faedah.
Sebenarnya itulah gambaran kita sebelum mati nanti. Ada hukama' menukilkan,sesiapa yang ingin melihat atau mengetahui bagaimana keadaan seseorang itu hendak mati nanti perhatikanlah bagaimana keadaannya sebelum tidur.
Andai sebelum tidur kita ingat bagaimana nak tambahkan satu ringgit menjadi satu juta maka itulah akan disebutkan ketika hendak mati nanti.
Andai seseorang sebelum tidur ia ingat bagaimana hendak merompak harta orang maka masa hendak mati nanti perkara inilah yang akan disebut-sebut nanti.
Mustahil untuknya hendak menyebut nama Allah Ta'ala ketika mati kerana ketika hendak tidur tak pernah mengingatiNYA!!!
Cuba kita lihat apakah yang kita gunakan untuk dodoi anak-anak kecil untuk tidur? Pernahkan kita ajar doa dan zikir yang diajarkan oleh Rasulullah SAW?
Di sinilah kita kena bermuhasabah!
Ok,bagimanakah cara Rasulullah hendak tidur dan apakah doa dan zikir yang patut dibaca?
1. Hendaklah tidur dalam keadaan wudhu'.
Sebagaimana sabda Rasulullah :
إذا أتيتَ مضجعكَ فتوضأ وضوءك للصلاة
Maksudnya :"Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu(hendak tidur) maka hendaklah kamu berwudhu sebagaimana wudhu' hendak solat".
Apakah fadhilat tidur dalam keadaan wudhu'?
Sabda Rasulullah SAW :
من بات طاهراً بات في شعاره ملك ، فلم يستيقظ إلا قال الملك اللهم اغفر لعبدك فلان فإنه بات طاهراً
Maksudnya : "Sesiapa yang tidur dalam keadaan wudhu' maka akan tidur malaikat di rambutnya satu malaikat.Tidak bangun dari tidur kecuali malaikat tersebut berdoa:"Ya Allah,Engkau ampunkan hambaMu ini.Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan wudhu'."
2. Baca ayat kursi.
Apakah fadhilatnya?
Diceritakan dalam hadith bahawa akan datang satu malaikat yang akan menjaga orang yang membaca ayat kursi sebelum tidur daripada gangguan jin dan syaitan serta segala keburukan.
Dalam erti kata lain malaikat menjadi pengawal kita ketika tidur daripada segala keburukan dan kejahatan.
3. Membaca dua ayat terakhir daripada surah al Baqarah.
4. Membaca doa hendak tidur :
بسمك اللهم أموت و أحي
Maksudnya :"Dengan namaMU aku mati dan hidup".
5. Menadah tangan,membaca tiga Qul kemudian tiup di tapak tangan dan sapu seluruh tubuh sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah SAW.
عن عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا آوى الى فراشه كل ليلة جمع كفيه ثم نفث فيهما فقرأ فيهما : ( قل هو الله أحد ) ( قل أعوذ برب الفلق ) ( قل أعوذ برب الناس ) ، ثم يمسح بهما ما استطاع من جسده ، يبدأ بهما على رأسه ووجهه وما أقبل من جسد ، يفعل ذلك ثلاث مرات . أخرجه البخاري.
Dan banyak lagi doa dan zikir yang elok dibaca dan diamalkan, bolehlah rujuk dalam kitab-kitab turath yang lain.
wallahu 'alam

Tuesday, June 28, 2011

kisah kehidupan manusia....

macam2 kan kisah hidup manusia...mcm2 ragam..ade jer yg tak kena....ade jer yg tak puas ati...
hurm,kdg2 pelik lak..knape tak pnah bersyukur dengan ape yg ader??knape msti pertikaikan kehidupan kite yg serba lengkap...??aku tak paham la...nk sesempurna mane lagi....tak ckup sempurna kah??? Tuhan tau stakat mane kemampuan kite..sbb tu la Dia beri mcm tu jer...

da diberikan kelebihan,menunjuk2..bangga diri,hilang adp sopan...tak pnah terfikir ke pada yg serba kekurangan...ntah mcm mne cara hidup dia seharian..kite mkn 3 kali sehari,yg ssh??ntah2 sehari pon ssh nk mkn...ade terfikir ke bnda2 mcm tuh...???

kdg2 yg da berkeluarga pon buat hal...tak ckup kenal ker pasangan hidup tuh..knape msti porak peranda???bnda boleh settle...tgk la keadaan zaman skang...siap ade cerai gune sms lagi....ape tuh??ngat senang2 jer ke lafaz talak mcm tuh???agak2 la...kawin cerai ni bkn bnda yg boleh buat main2..pikirkan keluarga same..lau ade anak pikirkan anak2..tp lau da terpaksa bercerai tu tak tau nk kate lah...tp ni yg tak de sebab musabab...gduh sikit da nk cerai..ade akai ker korang nih...pelik tol haku...

ntah la..kekadang dok pkirkan hal org,hal sndri sape nk ambik tau kan..tp sekadar merenungi warna warni kehidupan manusia...mcm2 ragam...bile pkir2 balik lau asyik pkir org ,kang tkena btang idung sndri,so snyp jer la.,..tgk jer perilaku mereka,lau boleh nasihat ikut kmampuan sndri,try la..tp lau tak boleh baik tak payah kn..uhukk...

ok lah...kat tv ni pon tgh dok tayang drama pasal kehidupan manusia...jiran yg tak knal jiran....hadooii..mmg tak patot...mmg ader kn org jenis mcm nih...haaaaaaaa....renung2kan lah...dan selamat beramal...
sekian....

Monday, June 27, 2011

cara nak pastikan handset berkualiti atau tidak...

Hari ni saya nak bagi satu tips bagaimana anda nak kesan atau mengetahui handfon atau mobile anda itu berkualiti atau tidak? ORI atau tidak?.
 
Haaa, nila caranya :
1) Taip  * # 0 6 #
2) Akan keluar 15 digit nombor yang menunjukkan code handfon kita.
3) Ok, seterusnya dalam 15 digit no tu lihat pada digit yang ke 7 dan 8.
4) Kalau no yang ke 7 dan 8 tu adalah no 02 /20, maka ia Sangat tidak berkualiti.
5) Kalau no yang ke 7 dan 8 tu adalah no 08/80, maka ia Tidak berkualiti.
6) Kalau no yang ke 7 dan 8 tu adalah no 01/10, maka ia Berkualiti.
7) Kalau no yang ke 7 dan 8 tu adalah no 00, maka ia Sangat Berkualiti dan Terbaik.
 
Cuba jangan tak cuba ye.:)
 
Handfon saya? Dah cuba dan statusnya aku tengok digit yang ke tujuh dan lapan adalah 00. Cantik!!!!!.:) Patutla dah byk kali jatuh tak terjejas apapun setakat ni.:)


tapi korang nilaikan la sendri yek..huhuhu...lau nk pcaya boleh,tak brape percaya pon den tak kisah...hehehehhe...tp try la dlu check dan fikir2kan lah.....

tips untuk mengandung cepat...

gambar GOOGLE


Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.


1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.
3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
 10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari. 


Thursday, June 23, 2011

yeay...yahoo...

wahhh...tak sabornye nk nunggu ari ahad nih...
sbb per??haishh..sbb my cayang icha nk balik...walaupon skejap,dpt la aku melepaskan rindu dendam kat dia...rindunyerr...cpt la hari ahad..xsabo nk peluk2 dia mcm teddy bear...

stiap hari aku menghitung saat,detik spaya masa cepat berlalu...lg aku suh cpt,lg terhegeh2 jer aku rase mase nih..haishh...cpt2 la siket...aku tak sabo sgt2 dah ni...windu giler...

tapi aku dpt peluk cium dia sminggu jer la...pastu dia da pegi smula tganu...nk berubat kn..kne la lepaskan walaupon rindu teramat kat dia..aku rase bdn aku ni da kurus skit sbb asyik ingat dia jek...sian dia,mak ayah jauh...kne pandai2 bwk diri..jgn smpi dibenci org...

ingat la icha umi sayangggg icha sgt2..cpt2 bjalan yer syg..nanti boleh umi bwk jalan2....

my little honey...

kuku oh kuku..




Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang
panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang
babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang
panjang....bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung
untuk kesemua babi-babi tersebut....potonglah kuku
anda.


The Truth
Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau
pun hanya jari kelingking Bagi orang Islam adalah
tidak sesuai  berkuku panjang atas apa alasan
sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian
dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan
tangan  untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai
anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab
diberi  makan bahan kotor yang berada di kuku jari
emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah
santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll.
Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima
masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan
orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu
yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai
pekerja dan pemilik yang berkuku
panjang. Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak
cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan
mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang
sentiasa berkuku pendek.

Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis
kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu
E-Coli.  Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun
kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh
itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan
kebersihan diri sendiri.

Wallahu'alam bissawab.

~ sekadar menyampaikan~sesungguhnya berpesan-
pesan demi kebaikan



(aku tak tau nape gmbo tak leh nk upload...nti aku edit blik ek photo kat cni sbb aku pon fening lah ape yg blaku...bce jek la entry ni dlu...haish..npe xleh msukkan gmbo ek..hurm~~~)

Tuesday, June 21, 2011

zombie datang menyerangg......hiyaaarrrrkkkk....

ahahhaha...korg pnah dengar game plants vs zombie x??hahahhaha...msti bese dgr kan....game yg fofular tuh...msti la glamer kan..hahhaaha...

bkn per,kat opis aku skang tmasuk la ngan aku skali,tgh kemaruk ngan game zombie nih...hahhahha..best main dia..mencabar minda..hahahha...sesuai la ngan profesion aku sbg P kan..men tembak2...hahahhaa..
jom kite tinjau2 game nih...korg lau nk game ni mintak jek ngan aku...bg pendrive nanti aku copy..eheheheh...

ni ar game dia...
yg nih level mase tengah senang...tanam matahari banyak2 pastu bli pokok tembak...
ni waktu malam,aku tak suke malam sbb maahari ssh nk kuar..kne tanam cendawan kuning tu bebanyak dlu bru kuar matahari..huhuhuhu..,matahari tu duit,spaya boleh beli alatan tembak yg lain..
yg ni lagi aku tak suke...da la malam..pastu bnyk kubur lak...nanti bile da tibe tgh2..
antu2 kuar dari kubur tuh..bnyk lak tuh..angin jek....nak2 lau yg kuar tu zombie joget2..lg la bnyk yg kuar kot celah kubur...uhukk
ni la level yg aku tgh main skang...hahhahah ssh gak level nih...ni konsentrate main kang sume kje tak siap..so aku main kejap2 jer la..lau ade time terluang aku blasah la game tuh..ahahahahaha...

ahhaa..ok lah..nanti kite story lagi pasal zombie nih..tu pon lau sampai level seterusnyer lah..heheheh..bkn per,skang sume tgh excited main zombie nih..dari ujung blah sane smpi ujung blah sini sume dok berzombie..ahahaahhahahahha...okk..
daaaa.......

Monday, June 20, 2011

pose ganti..

phew...bjaya menghabiskan puasa ganti pd hari nih..walaupon dikelilingi rakan2 opis yang tak puasa...dugaan tuh..boleh mkn mcm2 mkanan dpn aku..hanginn  jek...hahahhaha

ermm..lagi 3 hari untuk minggu ni,then sambung minggu depan lg seminggu..ckup la.. smoga sumenyer berjalan ngan lancar..bkn per..slalu nk ganti asyik lupe jek..bkn sbb per,bnyk kje ..bz sgt...ni da nk dekat2 puasa balik..bru terhegeh2 nk ganti..huhuhuhu..pe nk wat..ganti ttp ganti..tak ganti dosa kan..

alhamdulillah..da kenyang..now time to solat maghrib...
daaaa...

Saturday, June 18, 2011

pelupa....terlupa...mmg lupa....

ehehhee..ade persamaan tak tajuk kat atas tu...
same jek kan..pokoknye nk cite pasal lupe...
ari nih jek ade 4,5 benda aku lupe..ntah ape2 tol lah..sjak dua menjak nih asyik terlupa jer...lupe ltak brg2,lupe nk bli brg..mcm2 lupe lah..sib baik xlupe nk mkn..(hahahhahha..bab mkn mmg ingat jek..)lalalla...

nak kate aku mkn semut... tak gak,mnum air yg ade semut.. tak gak..asal ade semut jek otomatik aku buang air tu..lau ade sekor lam jag pon satu jag air aku buang...tp kpale nih still ssh nk ingat..sakit ker aku nih??aduhh...mc2 blegar kat kpala...by the way sejak dua menjak thn nih mmg aku slalu sakit kpala...berat gile..berdenyut2...sampai aku kne telan 2 bijik panadol yg 650mg tuh smata2 utk tahan sakit...nk g klinik,takut lak..takut mcm bnda doc bgtau yg aku tak ley trima..



tp aku pikir mungkin aku stress bkeja kot...bnyk kje kne settle kat opis smpi sakit kpala kot...nk kate migrain,aku sblom nih tak pnah migrain...mungkin tkanan darah rendah??tak pon tinggi..takpon kurang darah...aaaarrrgghhh..mcm2 tak pon lah...(ni kne mikir lg nih..tgh sakit kpala ni)

ptg td kat moto my hubby suh beli fail ngan marker...msuk jer kdai..pale aku lupe trus pasal fail...menonong jer g bli marker..da bayo..kuar kdai laki aku tnye fail mane???wueekk...aku lupe beli...adesss....pdahal da aim nk bli fail dah td....hadooii la...tak sampai 5 minit kot...aku leh lupe pe yg aku nk bli..

teruk kan kes aku..ntah ape2...mlm plak,mse mnulis...(at 08.20 pm).aku bkak marker yg aku bli, pastu da siap mnulis,aku lupe pnutup marker aku letak mane...adooii..haru btul..ntah mane2 aku ltak...tak leh nk pikir kat mane aku letak..smpi skang ni tak jumpe lagi (at 10.40 pm)...gile ke aku...da hilang ingatan ker aku???adoiii laa..aku rase kan,bile aku teringat jer aku kne trus buat lau tak mmg lupe laaa....
(kan free2 jek kne marah ngan hubby aku..ehehehhe)

aku harap sgt ingatan aku kuat kembali..nk mkn ape ek bg ingatan kuat...mkn vitamin ape ek??korg ade cdangan sile2 la bgtau ek...pning nk mikir lorrr...

okey lah..baik aku buat ape yg aku nk buat skang nih iaitu kmas dapo jap..wat nye aku lupe kang,tak berbasuh smpi sok pg..ehehehhe...
ok daaaaaa......




Wednesday, June 15, 2011

try this out...awesome..

Have u ever wondered why should the wedding ring be worn on the Ring finger?There is a beautiful and convincing explanation given by the Chinese.....
  
Thumb represents your Parents
Second (Index) finger represents your Siblings
Middle finger represents your-Self
Fourth (Ring) finger represents your Life Partner
& the Last (Little) finger represents your children


Firstly, open your palms (face to face), bend the middle fingers and hold them together - back to back
Secondly, open and hold the remaining three fingers and the thumb - tip to tip
(As shown in the figure below):

Click Here To Join

Now, try to separate your thumbs (representing the parents)..., they will open, because your parents are not destined to live with you lifelong, and have to leave you sooner or later.

Please join your thumbs as before and separate your Index fingers (representing siblings)... ., they will also open, because your brothers and sisters will have their own families and will have to lead their own separate lives. 

Now join the Index fingers and separate your Little fingers (representing your children)... ., they will open too, because the children also will get married and settle down on their own some day.

Finally, join your Little fingers, and try to separate your Ring fingers (representing your spouse).
You will be surprised to see that you just CANNOT....., because Husband & Wife have to remain together all their lives
through thick and thin!! 

ahaa...so what u think....wondering???

Tuesday, June 14, 2011

khasiat buah kiwi....

sebelum ni sy ade share entry pasal khasiat tomato,khasiat tembikai susu,khasiat durian belanda kn,so skang sy nk share pasal khasiat buah kiwi lak...

korang suke makan buah kiwi tak???klu korg nk tau buah kiwi ni mmg berkhasiat untuk sistem dalaman tubuh kite..rugi la sape yg tak mkn buah kiwi..mmg la haranye agak mahal berbanding buah2 tempatan yg lain,tapi khasiatnye...perghhh...menakjubkan..jom kite intai khasiat buah kiwi...

Fakta menakjubkan mengenai kiwi serta khasiatnya:

1. Padat nutrisi – lebih banyak vitamin dan mineral untuk setiap gram dan setiap kalori dalam sebiji 
kiwi berbanding buah-buahan lain.


2. Vitamin C — Walaupun orang selalu mengaitkan vitamin C dengan buah oren, mereka seharusnya 
memikirkan buah kiwi kerana ia mempunyai dua kali ganda vitamin C berbanding oren.

3. Kandungan tinggi khasiat lain dalam buah kiwi berbanding buah-buahan lain: l Vitamin E — jarang 
sekali makanan rendah lemak, terutama buah, boleh menjadi sumber vitamin E (dikenali sebagai vitamin 
yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan jantung dan antioksidan) tetapi buah kiwi ialah sumber 
vitamin E rendah lemak semula jadi.
l Asid folik — diperlukan untuk menghalang kecacatan neural di kalangan bayi
l Potasium — Ia mempunyai tahap hampir sama dengan pisang, berpotensi memberi manfaat di dalam 
penjagaan tekanan darah dan kesihatan jantung.

4. Buah kiwi sumber yang baik untuk lutein karotenoid — Buah kiwi bukan saja mempunyai kandungan 
konsentrasi tertinggi lutein di kalangan buahan tetapi lutein daripada buah kiwi terbukti jauh lebih dibioakses 
(lebih baik daripada sayur-sayuran), membantu masalah penglihatan yang berkait dengan usia tua.


5. Buah kiwi tinggi kaya antioksidan (contohnya, polifenol, karotenoid) dan bahan fitokimia yang berfaedah, 
termasuk enzim unik lain.

6. Buah kiwi berupaya mempertingkat fungsi sistem daya tahan anda — perlindungan semula jadi yang 
membantu anda melawan kesan stres, inflamasi dan serangan bakteria serta virus.

7. Memakan hanya dua biji buah kiwi sehari terbukti membantu mengurangkan kadar kerosakan oksidatif 
terhadap sel anda dan memperbaiki DNA rosak disebabkan tekanan oksidatif. Ini dibuktikan dalam kajian 
di New Zealand dan Eropah.

8. Mengambil buah kiwi ketika makan boleh mengurangkan tekanan oksidatif ke atas badan selepas makan, 
terutama makanan tinggi lemak. Penyelidikan di Amerika Syarikat menunjukkan orang yang mengambil kiwi 
ketika atau sesudah makan menunjukkan penurunan petanda tekanan oksidatif.


9. Hanya dua hingga tiga buah kiwi sehari mampu mengurangkan agregasi platelet darah — Agregasi platelet 
ialah faktor risiko yang diketahui untuk penyakit kardiovaskular. Ia menyebabkan penyumbatan arteri dan salur 
pembuluh darah.

10. Buah kiwi sesuai dimakan untuk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat — Diiktiraf sebagai pembantu 
pencernaan semula jadi, ini ialah gabungan unik serat makanan dan komponen lain dalam buah kiwi.

11. Vitamin dan mineral — Makan kiwi dengan kerap ialah satu cara mudah mendapatkan nutrien penting untuk 
badan anda, yang boleh membantu anda berasa lebih sihat. 

12. Tenaga makanan (kalori) — Jika mahu menjaga badan, buah Kiwi Zespri seharusnya menjadi pilihan anda. 
Ia bukan saja padat dengan khasiat nutrien, tetapi rendah lemak secara semula jadi dan mempunyai kadar 
indeks glikaemik (GI) rendah. Sebiji kiwi mengandungi 60 kalori dan memakan dua buah kiwi bersaiz sederhana 
membekalkan anda pelbagai nutrien yang diperlukan untuk gizi pemakanan sihat.

p/s melembabkan, menyegarkan dan menganjalkan kulit juga melambatkan proses penuaan jika mengamal memakan buah kiwi.
(korg yg girl2 msti suke yg ni kn..ngee~~~)


zivilia band...~~~ Aishiteru ~~~

jom layan lagu dari Zivilia Band nih...sedap banget lagu dia...wat aku terawang2 berangan..ahakss...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saatku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu

sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang ku berpikir cari pengganti mu
saat kau jauh disana

gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk ke dalam fikiran ku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

walau raga kita terpisah jauh , namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu percayakan kesetiaan ini
pada ketulusan a a ai aishiteru

saatku sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa ghairah
ku mohon kau kembali

kimita tuoku kitemo
kiminou shuaga sinagaru tala
shiniteruyo shiniteruyo

walau raga kita terpisah jauh , namun hati kita selalu dekat

bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu percayakan kesetiaan ini
pada ketulusan a a ai aishiteru

u...woo...wooo..oo.. ai ai aishiteru


***************************************

fuhh memang terangkat la lagu nih..otomatik jadi ringtone hanset aku..ahaks...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.