Saturday, September 24, 2011

facial..

wahaha..lepas kelas ptg td..aku ngn member cik mages pegi la buat facial...sbnarnye,kitorg da plan dari mnggu lepas lagi nk buat facial nih..huhuhuuh...bile dapat buat..punye la suke...murah kan...sbb masih lagi dlm bulan promosi pembukaan salon tuh...


ok la dia punyer facial..tp mcm soft sgt..dia picit kuarkan sel2 mati pon tak bnyk..yg bnyk asyik pki masker jer tak sudah2...lepas satu mask,mask lain pulak...hahahhaha...


yg paling kitorg tak boleh blah adelah mse buat threading...memula kite tak paham ape kebende threading tuh..main ok2 jer...rupenye kne buat kening...ok la..ku bayang kan cukur jer kot pki pisau cukur...


tp sangkaan ku ternyata ,meleset..rupenye dia cabut pki benang jer...'BENANG'?? yezzz...gune benang jer dia cbut bulu kening kami..perit gile babas..pasni xmo buat dah...hahaha..biar la facial jer..ptutu la nme threading...sempena thread iaitu benang...hahahhah...aduiyaiii.... kat bwh ni la hasil kening baru aku...hahhahah....


ni la kening aku pas da buat threading tuh...hahhahahahha..nipiss knn...lalallalalala...tp sakittt..peritt...

zoom in dari dekat...cbe tgk bebetul..kesan merahnyer masih ader...adesss.....ptut la perit lagi...huhuhuhhuhuhuhu

ni sebelum di threading laaa....hahahahah....tebal la siket..hihihihihihi....

ok lah...nk sapu mnyak baby kat kening jap..perit lagi nih..hadooii..byee uolsss...

Thursday, September 22, 2011

surat cinta tijah


Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur .

Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang
boyfriendnya yg bermata biru.

Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris 

tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan
perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.

Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ...


Mike....

I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.

You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.

My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.

So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from
me.

So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.

I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.

Safe walk..
Tijah





hahahha...aku bkn setakat gelak pasal surat cinta dongeng dia nih..tp aku gelak sbb nama dia..huhuhuhu....bila aku tgk nama dia aku msti teringat kat sorg incas aku kat opis...nama dia same...tp cmne tah waktu dia bcinta dlu ek...hahahahah...mcm ni ker??hahahhah

Wednesday, September 21, 2011

cara mandi yang menyihatkan..



Kenapa ya kita perlu mandi setiap hari. Kalau anak kecil, tentu jawapannya. ”Mak suruh mandi. kalau tak nanti kena marah” . atau pun “Nanti pergi sekolah, cikgu tanya dah mandi belum…. malunya kalau cakap belum”. ha.ha.ha. Namun pernahkah anda terfikir manfaatnya kepada kesihatan anda. Di dalam Islam pun kita diwajibkan mandi wajib terutamnya bagi suami isteri selepas bersama. Tentunya ada manfaat disebaliknya
Salah satu manfaatnya ialah mengeluarkan haba dari tubuh kita. Haba ini, jika tidak dikeluarkan boleh merosakkan organ di dalam tubuh kita terutama otak. Haba ini boleh naik ke atas kebahagian kepala dan menjejaskan fungsi otak anda. Jika anda sukar tidur malam. Inilah salah satu sebabnya. Oleh itu, jangan lupa untuk mandi pada awal pagi dan sebelum maghrib. Kalau dapat mandi 3 kali sehari lagi baik.
Sebenarnya pada waktu petang, badan kita menghasilkan banyak haba. Bagitu juga di awal pagi. Dan juga ketika suami isteri bersama. Oleh itu, haba ini perlu dikeluarkan sebelum ia merosakkan organ di dalam tubuh kita. Mandi merupakan salah satu cara terbaik mengeluarkan haba ini Mandi bukan sahaja menyegarkan tubuh anda, malah memberi kesihatan yang lebih baik.
Terdapat kaedah mandi yang lebih baik dan lebih menyihatkan. Caranya mudah sahaja. Anda perlu mula jirus air dari bawah kaki kanan. Seterusnya jirus lagi naik ke atas sehingga ke bahagian kepala kanan. Kemudian lakukan cara yang sama dibahagian kiri pula. Ulang lagi sekali lagi. Dan selepas itu barulah mandi seperti biasa.
Rasionalnya kaedah ini ialah haba di tolak dari bawah ke bahagian atas. Seterusnya haba dikeluarkan melalui lubang hidung, mulut dan telinga. Kita perlu mulakan disebelah kanan kerana jantung terletak disebelah kiri. Ok. Jangan lupa lagi mandi ya setiap hari .

keadilan dan rasa simpati.....


Tembak Aminulrasyid : Koperal Jenain Dijatuhi Hukuman Penjara Lima Tahun

 
SHAH ALAM 15 SEPT : Koperal Jenain Subi, 49, hari ini dijatuhi hukuman lima tahun penjara setalah didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah.

Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.Hakim Latifah Mohd Tahar turut menetapkan jaminan sebanyak RM10,000.

Katanya, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan dalam kejadian berkenaan.

Pendakwaan telah membuktikan demikian dengan melangkaui keraguan munasabah, katanya.Menurutnya lagi, seorang pegawai polis sepatutnya tahu bahawa tembakan pada tetapan automatik itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.

Jenain didapati bersalah melakukan perbuatan itu di antara jam 1.10 dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam pada 26 April 2010.

Monday, September 19, 2011

thanks zana

ari ni sorg member aku da naik kje lepas bercuti 3 bulan 13 hari ,hehehhe..cuti bersalin daa...huhuhu..body solid molid tuh..dasattt...hahhaa....orgnye ialah siti rizana....

apepon sbnarnye nk ucap time kasih sbb bawak cup cake yg sangat sedap tuh..mmg giler la aku ngn kek2 nih..hahhaha...kek yg cute dan comel dan paling penting sgt best..almaklumla,aku kn pecinta kek..mne bdn tak kembang mcm kek...hahahhaha...


tgk tu..siap ade name kitorg sume lg...hihihihi....

and,harap dia suke ngn hadiah dari kami seopis..rantai leher untuk babynyer..huhuhu..walaupon xsberapa tp,ikhlas dari kami sume 
(walaupon kne paksa,sbb aku da tetapkan  setiap sorg kne bayo brape) hahahha..jahat kn aku...pedulik hape aku...3 bulan bg tempoh suh collect tak gerak2,so aku kne wat upacara paksa rela la...hahhahahah....

lastly selamat kembali bekerja..haii...bile la turn aku lak nk cuti 3 bulan kn...hehehehhe....hurm..thn depan kot...lalalalallala....teeettt...

okey peeeppsss.....byeee....

Sunday, September 18, 2011

kebaikan meminum ais....


Jangan ingat minum ais tidak elok untuk kesihatan. ia juga ada kebaikan disebalik keburukan


Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
Kebaikan air sejuk
  • Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
  • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
  • Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
  • Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
  • Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..
  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
  • Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
  • Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
  • Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
  • Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
  • Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.
  • Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

kemalasan...

aduhh...esok da isnin ker???malasnye kite nk pegi keje.....nk kne buat kje yg bos jahat tu suh buat...nyampah laa...da tau cite dia trus jadik bad mood nk buat kje yg dia suh..bnci lah....

aku lebeh suke dok umah lepak2 walaupon xde kje nk buat...hahhahahah..best kan...lebeh suke g kelas...sbb malas nk pikir tentang kje..bosan sgt2...kje yg bukan kje kite tp kne paksa buat mcm kje tu keje hakiki kite...sakit x ati??menyampah tak rase???aku mmg fed up la nk buat kje ,pas tu bile da buat kne mengata..ape ko  bagus sgt nk buat??ko terer sgt nk buat???kekadang rase cm malas nk buat kje tuh..nk buat xtau jer..boleh gitu??lantak la bkn kje aku btul pon...hahahhaah...(slalu pikir jahat kn)...tp disebabkan ikut kate boss...buat la...walaupon bos jahat...boss jahat..boss jahat..boss jahat..eeiii...

cmner tah nk menempuh hari esok...hadoii..nk tgk muke dia yg berlagak tuh,bajet cm bagus jer..tp rmai yg kate dia bkn tau buat kje pon..cm hampeh jer..huh..

okies lah...tunggu lah hari besok cmner...lau tak mampu buat sendiri,cri la mne2 org suh tolong buat...lau tak pon buat sendiri...lmbt anto pon lmbt la...peduli ape aku...yg kne marah ko...aku just sakit ati jew tgk muke ko...hehehheheh..

k..adiosss......



 

Saturday, September 17, 2011

HALALKAH????

1.E100,   2. E110, 
3. E120,  4. E 140, 
5. E141,  6. E153, 
7. E160,  8. E161, 
9. E210,   10. E213, 
11. E214, 12. E216, 
13. E234, 14. E252,
15. E270, 16. E280, 
17. E300, 18. E301, 
19. E325, 20. E326, 
21. E327, 22. E334, 
23. E335, 24. E336, 
25. E337, 26. E422, 
27. E430, 28. E431, 
29. E432, 30. E433, 
31. E434, 32. E435, 33. E436, 
34. E440, 35. E441, 
36, E470, 37. E471,  
38, E472, 39. E473,



40. E474, 41. E475, 


42. E476, 43. E477, 


44. E478, 45. E481, 


46. E482,
47. E483, 48. E491, 


49. E492, 50. E493, 


51. E494, 52. E495, 


53. E542, 
59. E904.55. E570, 
56. E572, 57. E631, 
58. E635,



 

korang pnah tgk kod2 cmnih tak?? ni la kod yg tdapat kat plastik2 jajan yg slalu kite makan...sblum mkn tuh kne tgk dlu ade kar tak kod2 nih...lau antara kod2 tuh terdapat kod spt kat atas ni,mknanya makanan tu mengandungi lemak babi (wallahualam)

cth spt twisties..lau korg check btul2 mmg ade salah satu kod di atas..mknanya ianya mengandungi lemak yg tak halal...

cbe tgk lak jajan rota,pon ader gak....haishh....

nmpknye skang ni kne lbh berhati2...hanya kod2 di atas jer yg mengandungi lemak yg tidak halal..lau ade kod lain selain kod diatas,korg jgn was-was..mkn jer..

Friday, September 16, 2011

adakalanya....

Adakalanya tanpa usaha dapat sesuatu yang tidak terduga, 
agar kita sedar Allah itu berkuasa dan kuasa-Nya tidak 
bersandar dengan usaha. Tapi perlu diingat usaha kena 
dibuat sebagai syariat dan untuk pahala. Tidak berbuat 
di mana datangnya pahala?

Adakalanya orang yang menyalahkan orang yang membuat 
salah, dosanya lebih besar daripada orang yang membuat 
kesalahan, atau membuat dosa kalau dosa itu tersembunyi 
dibongkarnya, atau menuduh atau menghukum, terlebih 
atau keterlaluan daripada kesalahan yang dibuatnya.

Adakalanya kesalahan itu membuatkan seseorang itu 
membaiki diri. Tidak pernah bersalah itu boleh mendatang-
kan sombong diri. Itulah dia satu kesilapan yang tidak 
disedari.

lawak peribahasa....

hahhha..saje jer nk hilangkan boring...lawak jer ni jgn buat spt peribahasa betul yer...hahahah....


Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu…asek nak beromen aje.

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu…kalau dia berenti….akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Peribahasa:Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus….pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muker.
Maknanya: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak… be proud of what you are.

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu…

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri….tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang….check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke….kat tengah ke…tengah baring ke.

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak……btol tak?

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknanya: maknernyer . . .


maknernyer…………….

maknernya……………..

Dahhhh...
Jangan nak tersengeh-sengeh kat depan laptop
……


Pergi lah buat kerja!!!!!

Thursday, September 15, 2011

si kecik yg bijak menyanyi..

video

ni la ragam dak kecik yg cute nih menyanyi...bajet nk jadik cm Alyah...hahhahah...siap ade gaya2 skali tuh..peluk2 buku wat ad-lip...hahhahaha..ntah pape la adik nih...seorg yg sgt tabah..walaupon ade kekurangan pada diri...
adik..umi sentiasa doakan yg terbaik untuk adik...stiap hari umi berdoa tak putus2..umi yakin satu hari nanti adik akan jadi seperti kanak2 normal yg lain...
UMI LOVE ADIK ....

Tuesday, September 13, 2011

pilih kasih..

hyee peeps...hari ni aku geram sgt...mmg bengkak la rase hati nih..tp disebabkan aku ni masih lagi ade kekuatan untuk bersabar..aku sabar jerr......sabar kan separuh dari iman...

cite cmnih..ade peg aku suh aku wat kje..memula dia suh jer aku kumpul menatang tuh..aku punye la baik..kumpul sume2 tuh...nk dijadikan cite smlm aku operasi..xdtg..dia bg kje tu kt  member aku lak ...member aku tnye aku, knape ambik??aku ckp xkn nk tolak...nanti ape pulak dia ckp..peg. da bg arahan aku ikut jer...

alkisahnye kje tu sbnarnye org lain buat..org tu dok bersenang lenang gelak2...yg sshnye kami...peg aku tu pulak bile time aku bkn main lagi blagak besooo sgt..marah2..tnye pon tengking2 jer...tp bile time org tuh,bkn main lembut lagi ckp..slow2 ,siap bg kate2 semangat lagi...ptuihh....

ade satu kje tu aku suh la 'org' tu taip..amboii bkn main marah lagi muke dia aku tgk..pandang2 aku..cm menjeling2....cm xpuas ati jer aku bebankan org tu ngn kje aku..padahal org tu yg spatutnye buat kje ko nih..siap back up lagi lak tuh....sakitnye jiwe aku...dia bleh kate..." org ni ade 5 kje urgent nk buat...mne satu nk kejar..."....b**i aku ckp...nsib baik la ko bos aku and ko lg tua dari aku ko ckp cmtuh..ape rajin sgt ke org tu buat kje smpi ko back up cmtuh..??dia cntik ker sbb tu ko ckp cmtuh??atau sbb dia status J****  M*** ....eii..mmg aku wat dosa free jer la siang td...sib baik dlm hati ..lau jadik cm member aku sorg lagi tuh..habis tang tu gak dia sembur.....bru ade akal...

nmpk sangat cm pilih kasih....aku bukan nk perhatian..tp aku nk kje same adil...ape bnde yg 5 kje urgent tuh??aku tak nmpk pon..bnyk lagi kje member aku..btimbun...dia???hurmm....tak habis2 gelak...boleh la jadik ksayangan peg.sbb kononnye pndai tunjuk simpati..haiiii..nyampahnye aku...harap muke nk tarik perhatian..tp hati ,wallahualam...

haishh..niat aku nk publish jer kat laman sosial..tp ..biarlah aku tulis kat diari maya aku nih..tak rmai sgt yg tgk..followers aku jer yg bce...luahan hati ni biar la dikongsi sedikit org sahaja...biasenye blogger jer yg paham blogger...

okeylah peepss...aku chow dlu lah..next  time kite sambung..choww...

Monday, September 12, 2011

penilaian tentang wanita terbaik


Al Khawarizmi, seorang Ulama, Saintis dan Ahli Matematik Islam..
ditanya tentang wanita terbaik.  Dia menjawab : 
Jika wanita solehah dan beragama = 1 
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10 
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100 
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000 
Tetapi...... jika yang '1' tiada… 
Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok '0'..

*manusia bijak menilai sesuatu dengan kebijaksaannya*

No more 'Abdullah' for such children



No more 'Abdullah' for such children

KUALA TERENGGANU - The state government has submitted a proposal to the National Registration Department (NRD) to enable illegitimate children, born after their parents are married, to carry their father's name in their identity card.
The step is taken to avoid having the children suffer from emotional trauma and social stigma of having their father's name listed as "Abdullah" in their identity card which is the current practice.
However, a "Section 13" clause will be added in the identity card to enable the Religious Department to carry out procedures such as marriages according to the requirements of Islam.
The proposal was announced by the state government after a meeting between the Terengganu Religious Affairs Department (JHEAT), state NRD, Mufti Department and state Syariah Courts Judicial Department on Monday.
At present, the standard procedure is to put "Abdullah" as the father's name for Muslim children born less than six months after their parents' marriage.
It was learnt that the NRD had agreed to the proposal and the necessary amendments to the relevant Acts will be tabled in Parliament soon.
State Religious and Information Committee chairman Khazan Che Mat said the proposal was mooted in view of the emotional pressure and problems faced by such children.
"Although they can appeal to have their father's name recorded in the identity card instead of "Abdullah" when they are 12 years old, it is unfair and not their fault in the first place."
Khazan said JHEAT and Mufti Department had agreed to the proposal and were in the process of fine-tuning it.
In another development, Khazan said effective immediately, marriage certificates issued overseas would be valid for birth registration even if the marriage was yet to be registered and approved by the state Syariah Courts.

cukai perkhidmatan 6%...wajarkah???



"Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". Indah khabar dari rupa. Apa yang pasti rakyat dikenakan dulu, pencapaian tu tak payah pun tak pe. Semakin lama rakyat semakin tertekan, ditekan dan ditelan oleh gagasan 1 Malaysia. Senang lenangkah kita dibawah pemerintahan sekarang?. Gembirakah kita dibawah kepimpinan sekarang? Puas hatikah kita dibawah kerajaan sekarang?.

Bukan nak kutuk atau hentam, tapi bagi kita sebagai rakyat dibumi bertuah ini, adakah kita hanya mampu rela dalam pasrah sahaja. Patutkah kita menanggung cukai2 perkhidmatan yang sepatutnya di tanggung oleh syarikat2 pengusaha berkenaan. Wajarkah kita mengayakan lagi kroni2 mereka yang tak bertanggung jawab.

Tak cukup dengan cukai pendapatan yang wajib ditanggung oleh rakyat Malaysia, kini kita dibebankan lagi dengan cukai2 yang tidak sepatutnya kita tanggung. Bermula dari restauran makanan segera pengguna dah kena cukai, Astro pun mereka nak sentuh cukai. Sebuk kat kabinet nak protes sebab astro naik harga, tapi semangat tahi ayam je. Akhirnya bertambah lagi bayaran Astro. Memang patut pun kerajaan senyap je. Kalau tak naik, tak bertambahlah cukai perkhidmatan 6% tu. Otak pusing yang kononnya nak membela rakyat.

Terkini syarikat telekomunikasi pun dah mula gak melemparkan beban kepada kita. Tak cukup yang guna pascabayar ditulis 6% dalam bil, Topup reload pun terjebak juga. So lepas ni jangan ler terkejut topup RM10, tengok baki RM9.40 je tinggal. Itulah kerajaan yang perihatin.

Nampaknya kerajaan memeras ugut ni tak kira cara apapun mesti gak nak korek duit kita untuk cover simpanan yang dah kosong dikerjakan oleh mereka2 yang tak bertanggungjawab. Teringat waktu dulu ketika Kerajaan Negeri Selangor beri 20 meter padu air percuma kepada penduduknya, Kata2 mereka, " 3 bulan pasti bankrup". Alhamdulillah dah 3 tahun berlalu, tak bankrup pun. Bertambah maju adalah. Adakah kita akan terus mengemis dibumi sendiri? Fikir2kan & renung2kanlah wahai rakyat Malaysia.

khasiat air mani lelaki untuk wanita


Rasanya bukan aku seorang saja yang bertanya diri sendiri 
kenapa orang lelaki bila dia dah berkahwin perutnya akan 
buncit. Selalu juga aku dengar orang cakap macam ni, 
“Sekarang ni kurus. Dah kawen nanti mesti gemuk.” Walaupun 
istilah gemuk dan buncit itu tak sama, tapi dalam konteks ini 
ianya membawa maksud yang serupa, iaitu perut naik.
 Tapi…kenapa ye? 


Persoalan itu terjawab akhirnya selepas aku baca satu artikel 
dalam Majalah Maskulin edisi Ogos 2009 baru² ni. Jadi rasanya
 elok juga berkongsi dengan rakan² info pasal ni. Artikel yang 
anda akan baca nanti mungkin ada yang mencelarukan perasaan. Mungkin rangsangan dirinya sedikit terganggu. Tapi ketahuilah, 
aku tiada niat untuk berkata lucah ke apa kat sini. Anggaplah 
ianya satu info yang patut diberi perhatian bagi anda yang 
bergelar lelaki terutamanya. Perempuan pun sama juga. 
Takkanlah suami nak isterinya slim anggun menawan tapi 
perut suaminya boroi ke depan sampai nak tengok kaki sendiri
pun tak nampak hehe. Sama²lah berusaha supaya dua² maintain 
slim dan bergaya.

Menurut artikel dalam kolum Info Seks majalah tersebut, lelaki 
yang dah berkahwin ni senang buncit disebabkan faktor 
kelamin sebenarnya. Orang perempuan pula perut buncit kerana
kena ‘buatan orang’ hehe. Gurau². Ok. Selalu juga kita dengar
 lelaki yang dah berkahwin ni perut buncit sebab ada orang 
jaga makan minum dia. Entahlah boleh diterima ke tak. Ianya 
sekadar agak² orang, bukannya fakta pun. Ini faktanya yang 
perlu kita tahu.

Kita sambung lagi.

Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri 
yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin 
akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus 
akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu 
juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan 
lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. 
Ooo…

Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh 
yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula 
akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang 
dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu 
sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. Kasihan ‘dia’.

Khasiat Air Mani untuk Wanita

Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, 
dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan 
mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut 
hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi
banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam
rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga
akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami
akan diserap ke dalam tubuh isteri.

Ooo patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. 
Tapi rasanya awal² kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah 
kulit berlipat². Kena sama² pandai jaga badan lepas kahwin, ok?

Khasiat lain sperma untuk wanita:
  1. Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
  2. Mengurangkan jerawat.
  3. Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.
Edah dan Air Mani

Dalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru 
bercerai adalah untuk menghilangkan air mani bekas suami 
yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus melakukan hubungan 
seks dengan suami baru.

Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam 
mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau 
tidak. Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap 
agama sendiri hingga terjadinya murtad. Kajilah dulu kalau 
boleh. Memang diyakini Islam itu benar.

Itulah saja info yang baru aku dapat. Lelaki buncit lepas 
kahwin ni kadang² orang cakap sebab hati senang. Mungkin 
satu faktor lagi kot yang menyumbang.

sumber dari : kesihatandanseks.blogspot.com

Saturday, September 10, 2011

macam macam hal

alahaii..kelako la...kat opis kami ade hobi baru iaitu menimbang berat 4 kali sehari...haahhahaha...

aktiviti ini dilakukan sejak naik kje pada hari raya yg lalu...hahhaha...cm hape kn...

mulenye aku ngan ana jer,last2 rmai pulak yg ngikut..mcm biase la geng2 perjawatan..hahhaah...hanib,hafiz...tetiba kurshid pon ikut skali...ni la nmenye pengaruh aku ngn ana...hahahahahha

tp pastu bising2 berat naik mne tknye,pagi sblum mkn timbang,lps mkn timbang tghari slps mkn timbang lagi..maunye tak naik berat badan...hahhahahahahha
apepon aku ngn ana akan teruskan acara menimbang ni smpi kami dpt berat badan ideal...overweight siot la ni...hadoooiiii......
tak sabar nk tunggu isnin...nk mulakan aktivit menimbang...adioss...

Monday, September 5, 2011

berlagak bagus kot.....

salam peeps...ni nk story siket la,bkn niat nk mengumpat,cme nk meluahkan perasaan..kn blog nih tmpt meluahkan perasaan..saje nk buat luahan rasa hati nih...da membuak2 kat dlm dada nih...da tak leh nk tanggung dah...hihihihihi...bkn per,lau nk cite kat my hubby,cm bese ar my hubby xbrape minat ngn bende2 nih...nti pnat2 la kite pot..pet..pot..pet kat dia. ...penghujung ayat tu nti di cme ckp 2 pkataan jek..."biarlah dia"...aaaaaaa....sempuuutttt trus...hahhahhahhaha...

sooo.....skang nih nk citer ttg sorg hamba Allah nih...dia suke sgt nk jd yg the best..tp hakikatnye tak der la brape best pon...biase2 jer mcm member lain2..tp dia suke membangga bnda yg kononnye dia ade kelebihan...straight to the point la,dia nih bkn la  terer sgt english...mmg tau sgt,nk speaking english pon berterabur lau tak tgk ayat,this jadik the,also jadik again...ntah ape2....tp disebabkan dia gune sejenis henpon yg ade application translate ayat dari bm ke bi (xmo ckp le hendpon jenis ape...sape yg ade dia tau la kn)..ayat2 englishnye mmg la tip top...dia ade tulis something kat laman sosial ..bkn main lg dok speaking...hakikatnye dok translate manjang...mmg la ade mendapat pujian dari kwn yg lain..tp kenyataannye cm menipu diri sendiri kan..berlagak pon ade...be yourself la....xmo la hipokrit..sedar diri tu sape...lau tak brape pandai blajo la,biar sikit2..biar kuar  broken english tu,tak payah nk american atau british sgt,...hakikatnye ko translate..bkn ko pikir sndri..mcm aku, aku blasah jek ..biar la org kate bahasa rojak pon,at least aku blajar sikit2...mungkin hari ni aku tak tau mksud ayat tu,mne tau esok lusa aku tau...tak salah nk translate..pastu belajar la..jgn la dok translate jer manjang....tp berpada2 la...lau da terlampau berlagak sgt tkut nanti pecah tembelang....org ingat awak tuh betul2 perfect in english,tp bile diajak borak secara berhadapan jgn kaku membisu udah le....takkan time nk borak face to face pon nk kne tapi kat henfon pastu translate...wat malu melayu jer beb...hahahhahah...

anyway,ia sebenarnye pengajaran kat aku...aku pon kekadang belek gak kamus...tp tak der la smpai translate sepotong ayat utk dijadikan dialog perbualan...hadoii laa...

sooo...moral of the story, jgn terlampau excited dgn ape yg kite ade...kekadang ape yg kite ade tu  sbnarnye bkn dari diri kite...renung2kan lah...

bye...

Sunday, September 4, 2011

STACY KISAH DONGENG HQ



minat lagu nih....best kan dia punyer lirik.....

Saturday, September 3, 2011

sedondon di hari raya




saje jer upload pict ni...hahhahaha..anak2 tak der kan..melaram 2 org jer la....huahuahua.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.