Tuesday, February 8, 2011

"LAPANG"






Satu keluarga  yang berasal dari Terengganu nak balik ke kampung yang dah lame diorg tak jenguk..tetapi mereka hanya ade sebuah kereta kancil sahaja untul 7 org ahli keluarga..kete besor famly nih hantar bengkel..ade masalah enjin...(samdol gak famly nih..tggu la kete besor siap baiki bru la blik..tp tak tau la nape nk blik kg sgt dah)..maka si ibu kepada keluarga tersebut pon berkata :

ibu : Guane nih...penuh kete..dok muak ayoh wey..!

Ayah : Betul jugok..guane nok buak nih? lamo dok sapa kampong...

ibu :tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih..kecik do'oh...

mereka pon memerah otak memikirkan cara camner nak menyelesaikan masalah tersebut..ruang terlalu sempit untuk tujuh org..takkan nk tinggalkan ahli keluarga pulak..

tetiba anak mereka yang paling bongsu pon bersuara (gaya cm nk bg cadangan bernas jek) :

Anak : abah,umi..adik tau doh guane nok buak..kite skarang ade 7 oghang,kite tamboh lagi soghang jadik la 'LAPANG'..nanti lapang la kete kite nok balik kampong....

ayah ngan ibu :bakpe la mu wat bijok ngat adik wey...(sambil menepuk2 dahi yang mmg sedia maklum luas itu...)

....SERONOKNYA BERCINTA.....



           mencari teman bercinta bukan sekadar untuk berkongsi rasa kasih dan sayang..mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bercinta boleh menjamin kesihatan berterusan.menurut kajian ,individu yang tidak mempunyai kekasih lebih mudah berasa tidak sihat berbanding mereka yang asyik bercinta.(boleh terima ker)...sekiranya anda bercinta,anda akan sentiasa berasa gembira dan bahagia...perasaan inilah yang membuatkan anda sentiasa berfikiran positif dan bebas menjalani kehidupan seharian.sebaliknya jika anda tidak bercinta,perasaan sepi dan kesunyian akan sentiasa membelenggu anda dan membuatkan anda rasa tidak bersemangat...

           tapi..jgn la terlalu mengejar cinta sampaikan kite terlupa tentang mase depan..huhuhu..bercinta2 jugak..hidup kne teruskan..jgn terlalu excited lah pulak..pokok pangkalnyer dalam hati kite....

Monday, February 7, 2011

RAHSIA KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA - khas untuk si suami



Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8.Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.


sumber:thanks to bicaracinta.net

TEMBIKAI SUSU CEGAH KEKEJANGAN

terpanggil aku untuk menulis entri kali nih adelah di sebabkan aku kne kawad hari nih..dan ade skit mengalam kekejangan otot semasa berkawad td..so aku dpt information tentang tembikai susu yg boleh mencegah kekejangan..

POTASSIUM yang terdapat dalam tembikai susu berkuasa untuk mencegah kekejangan otot pada individu selain membantu mengawal tekanan darah.

manakala kandungan vitamin C dan BETA KAROTENA yang tinggi melindungi sel tubuh daripada kesan radikal bebas. malah vitamin C juga membantu meningkatkan sistem imun tubuh sekali gus menghalang jangkitan selsema dan batuk (kire lau mkn tembikai susu bleh la kite dok dkt2 ngan org demam kot)

kandungan vitamin B6 pula memelihara kesihatan kulit dan sistem peredaran tubuh kita..selain itu tembikai susu gak kurang sodium,bebas lemak,bebas kolesterol dan rendah kalori..so,sape2 yg nk kurus leh la mkn tembikai susu...

yum..yumm...sedapnyerr....

so jap lagi aku nk g makan bnyk2 tembikai susu nih..biar aku tak kejang otot biar tekanan darah jadi normal.lau tak cm tadi ade yg nk tmuntah la,ade yg pening la...mcm2 hal diorg nih..aku nk suggest suh makan tembikai susu lah..huhuhuhu...

kesihatan kulit pon kne jage..da bkawad tgh2 panas kulit pon jadik itam..so mkn tembikai susu kulit cantik jerr...lalalalalal....
slurrrppp.............

Sunday, February 6, 2011

BITA....BITA....BITA...

huh...sabtu ahad nih tpaksa ke opis gara2 buat BITA...korg msti tak tau kan BITA tu aper...BITA tu adalah bayaran intensif tugas am..utk polis2 yg bekerja spt ronda,ops kne dpt elaun nih...kitorg yg kat IPK ni tak dpt,tp kitorg kne fight utk dptkan BITA nih sbb kitorg pon kne gak g operasi...pe ngat dok lam opis goyang kaki jek ker..tak kne ops..huih...op kos kne.. kat cni aku ade ltak ckit ar gmbo2 mse kitorg wat BITA tuh..membentangkan kertas kerja tu ngat snang..wording kne btul..
ni kak zah ngan zana...

ana ngan my bos...

muke2 yg sntiasa ade lau dipanggil on the spot

aiseh mamat ni dari mane lak nih..hahahha..anak bos nih wooii


ape pon aku berdoa smoga penat lelah kitorg nih dihargai..so dapatla kitorg menikmati elaun BITA nih...kont. selangor nih mewakili seluruh kontinjen di malaysia utk present kat JPA pasal BITA nih...insyaAllah...rezeki kite pasti ade nanti..amiin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...