Monday, May 23, 2011

salah ker wanita tak tahu masak???

ini sekadar pandangan dan pendapat....huhuhu

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. 
Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan
diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai
masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat
lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah
si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari
kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan
perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang
pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan
penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan
kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap
tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi
menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika
tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang
kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang
seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai
perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya
sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau
berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak
mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video
game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak
disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan
setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak
untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau
tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan
juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"
Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang
menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai
agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka
bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang
satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam
sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun
dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan
isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar
pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita
beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai
memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam
supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau
menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah
sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Sunday, May 22, 2011

pelindung vs perosak


Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.
Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita? Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?
Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikuttrend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak mahu padanya, sikit-sikit kena rejectsaja. Geli hatiku. Sampai begitu sekali fikirannya parah.
Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another.Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.
"Merosakkan?"
Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?
Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?
Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa 'enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?
Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?
Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?
Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!
Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.
Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!
Wahai ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!
Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...
Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar?
Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?
Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?
Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh. Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu. Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?" (Hadis riwayat lmam Muslim)
Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halal'kan? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.
Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.
Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.
Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"
Aku menjawab, "Ya, benar."
Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.
artikel dari : iluvislam.com

tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim Al-Takwa Hulu Langat



tanah runtuh rumah anak yatim
Subhanalllah..sedih giler aku dengo berita tanah runtuh kali nih...sbb ianya menimpa rumah anak2 yatim..kasihan mereka...kuasa tuhan siapa yang tahu kan...same2 la kite berdoa untuk kesejahteraan mereka disana...

operasi mencari dan menyelamat telah pon ditamatkan apabila kesemua mangsa telah berjaya ditemui kira2 jam 5.30 pagi tadi.....

Menurut berita semasa di TV3 sebentar tadi, 2 mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang, sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh. Sebelum itu 3 orang kanak-kanak berjaya dikeluarkan dari timbunan tanah.

Enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan dan keadaannya dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus. Mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang.

  • Menurut Berita Harian Online, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.
  • Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.
  • Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.
  • Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.
  • **Seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20pelajar dan empat warden kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.
  • **Kini tujuh mayat kanak-kanak telah dikeluarkan manakala tujuh mangsa cedera, mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang.
  • **Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.
  • ***Sehingga jam 6.30 petang tadi, mayat tiga kanak-kanak dikeluarkan dari tanah runtuh. Sementara itu, pasukan penyelamat bersama penduduk berjaya mengeluarkan enam kanak-kanak lain dan semua mereka dikejarkan ke Hospital Kajang
  • ***Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini 5 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa. 12 yang lain berjaya diselamatkan.
  • ***Sehingga jam 11 malam tadi, jumlah mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa ialah 10 orang. 9 orang berjaya diselamatkan dan 6 lagi dilaporkan masih tertimbus.
  • Setakat 1.30 pagi tadi 12 mangsa disahkan terkorban, manakala 4 lagi masih tertimbus.
  • ***2.00 pagi (22.5.11) Seramai 21 orang daripada 25 mangsa, membabitkan 20 pelajar dan lima dewasa, yang tertimbus berjaya dikeluarkan.
  • Mangsa ke 6 meninggal sebentar tadi.
  • Seramai 4 orang lagi masih tertimbus dan gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.
  • ***3.00 pagi (22.5.11) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi ini. Kos rawatan turut ditanggung kerajaan.
  • Setakat jam 4.10pagi, seorang lagi mangsa yang terkorban ditemui namun belum dibawa keluar menjadikan jumlah 13 terkorban manakala pasukan menyelamat menemui anggota badan yang tidak sempurna dan tidak diketahui identiti.
  • ***4.30 pagi Lagi mangsa terkorban ditemui, menjadi angka korban sekarang ialah 15 orang. Seorang lagi belum ditemui dan masih tertimbus.
  • ***5.10 pagi (22.5.11) ‎Mangsa terakhir berjaya dikeluarkan dan ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban ialah 16 orang. 13 kanak-kanak dan remaja manakala 2 dewasa.
  • # Tragedi ini melibatkan jumlah rasmi 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala 9 yang lain cedera, 3 daripadanya masih kritikal.
AL-FATIHAH UNTUK MANGSA DARI KAMI SEKELUARGA. SEMOGA YANG KRITIKAL AKAN KEMBALI NORMAL DAN SEMBUH SEPERTI BIASA. SEKALUNG TAHNIAH DAN PENGHARGAAN KEPADA PASUKAN BOMBA DAN PENYELAMAT PASUKAN POLIS DAN TURUT SERTA PENDUDUK YANG MEMBANTU MENYELAMATKAN PENGHUNI RUMAH INI. AL-FATIHAH.

Saturday, May 21, 2011

ujian DNA dapat tentukan ajal anda ???

foto 
Islam mengajarkan maut dan jodoh di tangan Allah. Namun para ilmuwan berhasil menemukan sebuah teknologi lewat ujian genetic (DNA) yang dapat mengetahui sampai berapa lama seseorang dapat hidup.
Menurut mereka, usia seseorang ditentukan oleh panjang struktur kromosomnya. Ini disebut telomeres. Makin pendek telemeres Anda, maka makin cepat Anda meninggal. Walau tidak bisa memastikan secara tepat, tapi rentang waktu ajal datang itu bisa diperkirakan 5-10 tahun. 
Teknologi memperkirakan maut datang ini bakal dijual di pasar akhir tahun ini di Inggris. Harga uji DNA semacam ini 435 pound sterling atau sekitar RM2200.00. Beberapa pakar perubatan mulai mempertanyakan kod  etika jika teknologi itu jadi diluncurkan ke pasaran.
Tentulah  yang bakal mendapat keuntungan adalah syarikat insuran. Sebab mereka dapat mengetahui bilakah pemohon aplikasi itu meninggal dengan mewajibkan mereka mengambil ujian itu.
Menurut sang penemu, Dr Maria Blasco dari Pusat Kajian Cancer Nasional Sepanyol yang berpusat di Madrid, ujian ini sangat tepat dan cepat. “Paling penting adalah kita dapat menentukan adanya telomeres berbahaya, yakni yang sangat pendek,” katanya.
Ia menyatakan orang dengan telomeres pendek berarti masa hidupnya juga sebentar. Namun ia mengakui tidak dapat menjamin seseorang yang memiliki telomeres panjang dapat hidup lebih lama.
Siapa berani, silakan mencoba. Setidaknya, Anda dapat merancang  dari sekarang bila Anda mahu lebih giat menabung pahala untuk bekal di akhirat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...