diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai
masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat
lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah
si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari
kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan
perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang
pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan
penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan
kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap
tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi
menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika
tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang
kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang
seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai
perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya
sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau
berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak
mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video
game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak
disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan
setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak
untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau
tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan
juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"
Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang
menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai
agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka
bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang
satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam
sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun
dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan
isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar
pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita
beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai
memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam
supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau
menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah
sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
No comments:
Post a Comment