Tuesday, August 9, 2011

bonus.....alhamdulillah

Yesss...akhirnye thn ni dapat gak bonus yg dinanti2 kan...walaupon setengah bulan gaji,tp alhamdulillah la..dapat gak...ade la sikit rezeki nk wat persiapan raye...


Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. "Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. 
[Biasanya Kerajaan Pusat agak lewat mengumumkan bonus raya kepada kakitangan kerajaan. Namun, kali ini Perdana Menteri nampaknya begitu prihatin untuk membela nasib mereka dan mendahului kenyataan daripada pucuk kepimpinan negeri itu sendiri. Apapun, kakitangan kerajaan tidak kira yang menyokong atau menentang kerajaan pasti gembira dengan pemberian bonus ini. Semoga mereka dapat meraikan Aidil Fitri dengan lebih ceria hendaknya. Namun, ada juga yang mengatakan tindakan cepat kerajaan ini ada kena mengena dengan Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka akan tiba bila-bila masa itu sebenarnya]



tak kira la apepon alasan dan sebab..yg pasti rezeki jgn ditolakkk...
sekian....

2 comments:

Bui Junaidi said...

syukur,ada juak rezeki buat beli baju anak2..hehe

mozuba said...

Saya Pon dapat!yey!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.