Sunday, August 28, 2011

larangan2 Allah di dalam Al-Quran

{ali imran Ayat : 118]
larangan menjadikan orang2 diluar golongan mukmin menjadi orang kepercayaan
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu ambil orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi 'orang dalam' (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.


[ali imran Ayat : 130]

larangan memakan hasil riba
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu memakan riba dengan berlipat-ganda; dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya.


[ali imran Ayat : 139]

larangan merasa rendah diri dan bersedih hati
Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang yang tertinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.


[ali imran Ayat : 169] 

larangan menyangka/menduga orang yang gugur pada jalan allah mati bahkan sebaliknya mereka sebenarnya hidup
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.


[an nisa' Ayat : 10]

larangan memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak halal
Sesungguhnya orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.


[an nisa' Ayat : -23-24]

larangan mengahwini wanita seperti berikut
Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (wanita-wanita berikut): ibu-ibumu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, saudara-saudara bapamu, dan saudara-saudara ibumu, anak-anak saudaramu yang lelaki, anak-anak saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang telah menyusukan kamu, saudara-saudara susuanmu, ibu-ibu isterimu, anak-anak tiri yang dalam pemeliharaanmu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka, maka tiadalah salah kamu mengahwininya. Dan bekas isteri anak-anakmu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan menghimpunkan dua beradik (untuk dikahwini), kecuali yang berlaku di masa lalu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha MengasihaniDan (diharamkan kamu mengahwini) isteri orang, kecuali hamba yang kamu miliki. Itulah ketetapan hukum Allah ke atasmu. Dan dihalalkan bagi kamu wanita-wanita selain dari itu, untuk kamu kahwini dengan hartamu secara bernikah, bukan berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati dengannya, maka berikanlah mereka maskahwinnya sebagai suatu ketetapan. Dan tiadalah kamu berdosa tentang suatu yang telah dipersetujui bersama, sesudah ditetapkan maskahwin itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


[an nisa' Ayat : 29]

larangan mendapatkan harta dengan jalan yang batil dan dilarang membunuh
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu denggan jalan salah, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antaramu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihi kamu


[an nisa' Ayat : 43]

larangan mengerjakan solat dalam keadaan mabuk
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.


[an nisa' Ayat : 144]

larangan mengangkat orang kafir menjadi wali selain dari mukmin
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?

[al maidah Ayat : 3]

larangan memakan 9 macam diantaranya bangkai,daging babi ...
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang kafir telah putus asa dari agama kamu. Sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka, sebaliknya takutlah kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana lapar sedang ia tidak ingin melakukan dosa, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


[al maidah Ayat : 51]

larangan mengangkat orang2 yahudi dan nasrani menjadi wali 
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani sebagai wali, kerana setengah mereka menjadi teman kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka temannya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kamu yang berlaku zalim.


[al maidah Ayat : 87]

larangan mengharamkan makanan yang halal
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas; kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.


[al maidah Ayat : 90]

larangan meminum yang memabukkan,dan berjudi
Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah perbuatan keji dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.


[al maidah Ayat : 95] 

larangan berburu sewaktu ihram
Hai orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang buruan ketika kamu berihram. Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya, diganti dengan binatang ternak yang sama dengan binatang yang dibunuh itu, yang akan dihukumkan oleh dua orang yang adil di antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah, atau bayaran kafarah, iaitu memberi makan orang miskin, atau menggantikan yang demikian itu dengan berpuasa supaya dapat ia merasai kesan dari perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu; dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya; dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan seksa.


[al maidah Ayat : 101]
larangan banyak tanya 
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Qur'an, tentulah akan diterangkan kepadamu. Allah maafkan kamu dari perkara-perkara itu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...