Sunday, May 15, 2011

masak berlada udang dan lokan..

ni ade satu lagi resepi nk share...best gak lau masak nih...tp lokan tu lau sape2 tak suke tak yah letak pon tak per...ni resepi simple2 jek..sbb aku selalu wat sambal udang nih..hehehe..salah satu mkanan faveret aku...lalalalallaala







BAHAN-BAHAN
30 ekor Lokan (telah dibuang kulit)
8 ekor udang bersaiz sederhana
8 biji lada besar
5 biji lada kecil kampung
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
5 sudu besar minyak masak
1 sudu cuka

CARA-CARA
Isi lokan direbus & toskan. Udang dibasuh & toskan.
Giling kedua-dua lada sampai lumat. Masukkan juga kedua-dua bawang, giling sehingga lumat. Panaskan minyak & tumiskan bahan2 gilingan tadi sehingga garing. Kemudian masukkan udang & lokan, kacau sehingga rata, perasakan dengan cuka,garam & gula secukup rasa. Setelah semuanya sebati, angkat & hidangkan.

2 comments:

fiq. said...

PHEWWWWW...
okei, my next menu...
heheheh

Nurul Aina said...

try..try..pasti terangkat....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.