Bagi penggemar buah tamar atau kurma memang sedap dimakan, sekarang ini sepanjang masa kita boleh dapat buah kurma. Tapi bila hampir ramadhan lambakan buah kurma di- semua pasaraya dapat kita lihat yang mana kini telah pun berada dipasaran, cuma buah kurma yang belum cukup masak atau yang baru masak agak sukar didapati. Buah yang belum masak juga rasanya sedap dan ranggup. Sepertimana pic di bawah buah kurma yang belum
masak yang mana dapat dari keluarga angkat yang tinggal di Timur Tengah, bila tiba musim panas dan cuti sekolah mereka akan pulang ke Malaysia.
Musim panas di sana yang luar biasa kepanasannya. Hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan berada di bulan Ramadhan, semuga kita akan bertemu bulan ini sekiranya Allah panjangkan umur kita, sama-samalah kita dapat
menjalani ibadah puasa yang mana merupakan rukun Islam.
Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta
zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
Kandungan protein didalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi.
Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta. Gula didalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh
enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga.
Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan.
Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandungi potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem saraf. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium
tetapi jumlahnya sedikit.
Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksik didalam badan dan tidak memudaratkan.
Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan.
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga adalah setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan
kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.
Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t.
“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan”.
(Al-Mukminuun;19)
KURMA adalah buah yang berkat, Rasulullah SAW mewasiatkan kepada kita untuk memulakan sesi berbuka puasa dengannya.
Daripada Salman ibn 'Aamir, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
Daripada Anas: “Sesungguhnya Nabi berbuka puasa dengan beberapa ruthab (kurma basah dan segar yang baru dipetik dari pokok) sebelum solat Maghrib, kalau tidak ada ruthab, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering), jika tidak ada, maka dengan meneguk beberapa tegukan air putih.”
Daripada Anas: “Sesungguhnya Nabi berbuka puasa dengan beberapa ruthab (kurma basah dan segar yang baru dipetik dari pokok) sebelum solat Maghrib, kalau tidak ada ruthab, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering), jika tidak ada, maka dengan meneguk beberapa tegukan air putih.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
No comments:
Post a Comment