Saturday, November 12, 2011
baiki diri
Memang bukan mudah untuk mengubah kelemahan dan kesilapan dalam diri kita,
walau seteruk mana pun kesilapan kita,
masih ada jalan untuk kita perbetulkan kesilapan,
Tidak mustahil untuk memperbaiki keadaan,
Peluang sentiasa ada.
Yang paling penting,
kekuatan emosi kita,
Untuk meyakini Allah akan membantu hambaNya dalam proses mempertingkatkan diri keranaNya,
Pasakkan niat untuk berubah dan perbaiki diri kerana Allah…
Kerana apabila menghadapi kesukaran dan kesusahan sepanjang proses perubahan itu,
kita masih istiqamah di jalan yang kita pilih.
Yakinlah dengan Allah,
Setiap ujian dan dugaan yang Allah beri,
Allah susunkan mengikut kemampuan kita,
Semoga setiap dugaan dan ujian yang kita lalui, menjadikan kita hamba yang lebih baik di sisiNya.
Semoga ujian ini, menjadikan kita lebih dekat dengan Allah SWT.
Semoga penyusunan Allah ini, meningkatkan kecintaan kita kepadaNya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment