Saturday, November 26, 2011

selamat menyambut tahun baru MAAL HIJRAH 1433


Selamat menyambut Awal Muharram dan Maal Hijrah 1433H kepada semua rakan-rakan dan pengunjung blog saya nih, serta seluruh semua umat Islam disegenap pelusuk dunia. Bermulanya tahun baru bagi umat Islam dengan semangat dan perubahan ke arah yang lebih baik dan sentiasa berada di dalam rahmat NYA. amin.

Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang amat istimewa kepada kita sebagai umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam di mana pada tarikh inilah baginda Nabi Muhammad telah berhijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah iaitu pada tahun 622 Masihi.

Hijrah dalam konteks ini boleh dikembangkan pengertiannya kepada berubah dari satu kedudukan yang normal atau biasa kepada satu kedudukan yang lebih baik.

Sempena menyambut kedatangan tahun baru ini marilah kita sama-sama menyusun strategi baru dalam hidup kita agar menjadi insan yang lebih baik dalam kehidupan seharian dan insan yang lebih bertaqwa di sisi Allah SWT.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...