Monday, September 12, 2011

cukai perkhidmatan 6%...wajarkah???



"Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". Indah khabar dari rupa. Apa yang pasti rakyat dikenakan dulu, pencapaian tu tak payah pun tak pe. Semakin lama rakyat semakin tertekan, ditekan dan ditelan oleh gagasan 1 Malaysia. Senang lenangkah kita dibawah pemerintahan sekarang?. Gembirakah kita dibawah kepimpinan sekarang? Puas hatikah kita dibawah kerajaan sekarang?.

Bukan nak kutuk atau hentam, tapi bagi kita sebagai rakyat dibumi bertuah ini, adakah kita hanya mampu rela dalam pasrah sahaja. Patutkah kita menanggung cukai2 perkhidmatan yang sepatutnya di tanggung oleh syarikat2 pengusaha berkenaan. Wajarkah kita mengayakan lagi kroni2 mereka yang tak bertanggung jawab.

Tak cukup dengan cukai pendapatan yang wajib ditanggung oleh rakyat Malaysia, kini kita dibebankan lagi dengan cukai2 yang tidak sepatutnya kita tanggung. Bermula dari restauran makanan segera pengguna dah kena cukai, Astro pun mereka nak sentuh cukai. Sebuk kat kabinet nak protes sebab astro naik harga, tapi semangat tahi ayam je. Akhirnya bertambah lagi bayaran Astro. Memang patut pun kerajaan senyap je. Kalau tak naik, tak bertambahlah cukai perkhidmatan 6% tu. Otak pusing yang kononnya nak membela rakyat.

Terkini syarikat telekomunikasi pun dah mula gak melemparkan beban kepada kita. Tak cukup yang guna pascabayar ditulis 6% dalam bil, Topup reload pun terjebak juga. So lepas ni jangan ler terkejut topup RM10, tengok baki RM9.40 je tinggal. Itulah kerajaan yang perihatin.

Nampaknya kerajaan memeras ugut ni tak kira cara apapun mesti gak nak korek duit kita untuk cover simpanan yang dah kosong dikerjakan oleh mereka2 yang tak bertanggungjawab. Teringat waktu dulu ketika Kerajaan Negeri Selangor beri 20 meter padu air percuma kepada penduduknya, Kata2 mereka, " 3 bulan pasti bankrup". Alhamdulillah dah 3 tahun berlalu, tak bankrup pun. Bertambah maju adalah. Adakah kita akan terus mengemis dibumi sendiri? Fikir2kan & renung2kanlah wahai rakyat Malaysia.

2 comments:

Cik Suheela said...

tak setuju!!!

Nurul Aina said...

same la kite...knape nk sshkn rakyat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...