Sunday, March 6, 2011

BATAS PERGAULAN DENGAN WANITA BAGI SEORANG SUAMI


Assalamualaikum warahmatullah,

pernahkah anda berjumpa dengan lelaki yg dah berkahwin tapi dia mengaku dia masih bujang atau duda???knape ek diorg suka sorok status...ade hajat nk  menikah lagi ker atau saje nk main2kan perasaan wanita...hurm..skang jom kita kongsi batas pergaulan dengan wanita ,bagi seorang suami...

Seorang Muslim yang beriman tidak mencintai selain kerana Allah SWT. Ia tidak mencintai kecuali apa yang dicintai Allah SWT dan Rasul-Nya. Begitupun bila ia membenci, ia tidak membenci kecuali apa yang di benci Allah SWT dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda, Allah dan Rasul-Nya, dan membenci kerana keduanya. Ðalilnya ialah sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah, dan menahan pemberian kerana Allah, sungguh ía telah menyempurnakan imannya.” (Ðiriwayatkan Abu Ðaud)

Islam adalah agama yang syamil (menyeluruh) dan mutakamil (sempurna). Agama mulia ini diturunkan dari Allah SWT, Yang Maha Mengetahui tentang selok-belok ciptaan-Nya. Ðia turunkan ketetapan syariat agar manusia hidup tenteram dan teratur. Ðalam hubungan antara manusia, Islam telah mengatur adab atau etika terhadap pergaulan antara lawan jenis. Adab pergaulan antara lawan jenis memang diperlukan oleh setiap manusia demi meraih redha dan kecintaan Allah SWT.

Sememangnya jika anda seorang suami, seperti juga seorang isteri, banyak batas yang perlu dijaga. Jangan fikir anda seorang lelaki, bermakna anda bebas dari segi perlakuan dan batas pergaulan. Paling penting, jangan sesekali berbohong akan status anda! Perkara ini harus ditekankan kerana ia juga antara punca yang menyebabkan keharmonian sesebuah rumahtangga terjejas. Bayangkan apa perasaan pasangan jika anda sebagai suami, bebas keluar bersama dengan rakan wanita di malam hari seperti orang bujang saja lagaknya?

Apakah batas-batas sempadan yang wajib dipatuhi itu?  antara batas-batasnya ialah :

1 – Hindari keluar makan malam berdua-duaan bersama wanita bukan mahram
2 – Elak pergi berjauhan berdua 
bersama wanita bukan mahram
3 – Jauhi tempat yang romantis bersama wanita bukan mahram
4 – Jangan bercerita rahsia rumahtangga kepada wanita bukan mahram
5 – Jangan bersahabat dengan bekas teman wanita

Selain daripada lima perkara di atas, terdapat senarai perkara-perkara yang harus diperhatikan oleh setiap suami muslim agar mereka tidak terjebak dengan pergaulan bebas dan menghindari perbuatan zina yang tercela. Batas-batas pergaulan ini juga sesuai untuk kaum wanita juga.


SUMBER: LAMAN SERI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...