Memohon maaf mungkin perkara paling sukar dilakukan tetapi sekumpulan saintis mendakwa ia adalah antara amalan paling sihat, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyelidikan itu melibatkan beberapa saintis merekodkan tekanan darah diastolik terhadap 29 lelaki dan 59 wanita dalam satu eksperimen dan mereka mendapati denyutan jantung wanita kembali normal 20 peratus lebih cepat setelah menerima permohonan maaf.
Tekanan darah diastolik mengukur tekanan dalam salur darah setiap kali jantung berdenyut dengan bacaan yang tinggi meningkatkan risiko serangan strok dan sakit jantung.
Dalam eksperimen itu, responden diletakkan dalam situasi yang boleh menimbulkan kemarahan dan mereka memohon maaf kepada separuh lelaki dan wanita berkenaan.
Namun, kajian sama menyatakan, denyutan jantung lelaki mengambil masa lebih lama untuk pulih selepas sesuatu permohonan maaf sekali gus membayangkan bahawa lelaki sakit hati apabila mendengar pengakuan bersalah daripada seseorang.
No comments:
Post a Comment