Ingin sekali berbicara sebagai tazkirah untuk diri sendiri tentang peringatan dan amalan simple tetapi amat besar di sisi Allah Ta'ala yang diajarkan oleh Rasulullah SAW sebagai guideline kepada kita untuk menempuh mencari kehidupan sebenar yang kekal abadi di akirat nanti. Pencarian kita di dunia ini hanyalah sebagai bekal untuk hidup di akhirat nanti. Jangan sesekali kita jadikan kehidupan dunia sebagai tujuan hidup ini.
Hari ini ana hendak berkongsi satu amalan yang makin dilupai oleh umat Islam seantero dunia kerana kealpaan kita merealisasikan sunnah Rasulullah SAW dan terlalu terpengaruh dengan budaya barat. Amalan yang ana maksudkan ini ialah zikir sebelum mati kecil atau tidur.Saidina Ali RA pernah berkata (lebih kurang begini,tak ingat sangat nas sebenar): "Setiap orang yang berakal dari kalangan kami (sahabat) mesti membaca zikir sebelum tidur sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Maknanya di sini, dari budak-budak yang telah baligh hingga yang dah tua pasti mengetahui zikir-zikir yang patut dibaca sebelum tidur sebagaimana yang ditinggalkan oleh Nabi kita Muhammad SAW.
Remaja hari ini lebih suka memasang suara-suara syaitan daripada membaca doa atau zikir mengingati Allah Ta'ala sedangkan penyanyi atau sesiapa sahaja tidak dapat menjamin kita bangkit hidup macam biasa keesokan harinya.Tapi itulah hakikatnya sekarang ini,mereka lebih suka mengakhiri hidupnya dengan benda-benda yang laghawut tiada faedah.
Sebenarnya itulah gambaran kita sebelum mati nanti. Ada hukama' menukilkan,sesiapa yang ingin melihat atau mengetahui bagaimana keadaan seseorang itu hendak mati nanti perhatikanlah bagaimana keadaannya sebelum tidur.
Andai sebelum tidur kita ingat bagaimana nak tambahkan satu ringgit menjadi satu juta maka itulah akan disebutkan ketika hendak mati nanti.
Andai seseorang sebelum tidur ia ingat bagaimana hendak merompak harta orang maka masa hendak mati nanti perkara inilah yang akan disebut-sebut nanti.
Mustahil untuknya hendak menyebut nama Allah Ta'ala ketika mati kerana ketika hendak tidur tak pernah mengingatiNYA!!!
Cuba kita lihat apakah yang kita gunakan untuk dodoi anak-anak kecil untuk tidur? Pernahkan kita ajar doa dan zikir yang diajarkan oleh Rasulullah SAW?
Di sinilah kita kena bermuhasabah!
Ok,bagimanakah cara Rasulullah hendak tidur dan apakah doa dan zikir yang patut dibaca?
1. Hendaklah tidur dalam keadaan wudhu'.
Sebagaimana sabda Rasulullah :
إذا أتيتَ مضجعكَ فتوضأ وضوءك للصلاة
Maksudnya :"Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu(hendak tidur) maka hendaklah kamu berwudhu sebagaimana wudhu' hendak solat".
Apakah fadhilat tidur dalam keadaan wudhu'?
Sabda Rasulullah SAW :
من بات طاهراً بات في شعاره ملك ، فلم يستيقظ إلا قال الملك اللهم اغفر لعبدك فلان فإنه بات طاهراً
Maksudnya : "Sesiapa yang tidur dalam keadaan wudhu' maka akan tidur malaikat di rambutnya satu malaikat.Tidak bangun dari tidur kecuali malaikat tersebut berdoa:"Ya Allah,Engkau ampunkan hambaMu ini.Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan wudhu'."
2. Baca ayat kursi.
Apakah fadhilatnya?
Diceritakan dalam hadith bahawa akan datang satu malaikat yang akan menjaga orang yang membaca ayat kursi sebelum tidur daripada gangguan jin dan syaitan serta segala keburukan.
Dalam erti kata lain malaikat menjadi pengawal kita ketika tidur daripada segala keburukan dan kejahatan.
3. Membaca dua ayat terakhir daripada surah al Baqarah.
4. Membaca doa hendak tidur :
بسمك اللهم أموت و أحي
Maksudnya :"Dengan namaMU aku mati dan hidup".
5. Menadah tangan,membaca tiga Qul kemudian tiup di tapak tangan dan sapu seluruh tubuh sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah SAW.
عن عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا آوى الى فراشه كل ليلة جمع كفيه ثم نفث فيهما فقرأ فيهما : ( قل هو الله أحد ) ( قل أعوذ برب الفلق ) ( قل أعوذ برب الناس ) ، ثم يمسح بهما ما استطاع من جسده ، يبدأ بهما على رأسه ووجهه وما أقبل من جسد ، يفعل ذلك ثلاث مرات . أخرجه البخاري.
Dan banyak lagi doa dan zikir yang elok dibaca dan diamalkan, bolehlah rujuk dalam kitab-kitab turath yang lain.
wallahu 'alam
No comments:
Post a Comment