Tuesday, June 14, 2011

khasiat buah kiwi....

sebelum ni sy ade share entry pasal khasiat tomato,khasiat tembikai susu,khasiat durian belanda kn,so skang sy nk share pasal khasiat buah kiwi lak...

korang suke makan buah kiwi tak???klu korg nk tau buah kiwi ni mmg berkhasiat untuk sistem dalaman tubuh kite..rugi la sape yg tak mkn buah kiwi..mmg la haranye agak mahal berbanding buah2 tempatan yg lain,tapi khasiatnye...perghhh...menakjubkan..jom kite intai khasiat buah kiwi...

Fakta menakjubkan mengenai kiwi serta khasiatnya:

1. Padat nutrisi – lebih banyak vitamin dan mineral untuk setiap gram dan setiap kalori dalam sebiji 
kiwi berbanding buah-buahan lain.


2. Vitamin C — Walaupun orang selalu mengaitkan vitamin C dengan buah oren, mereka seharusnya 
memikirkan buah kiwi kerana ia mempunyai dua kali ganda vitamin C berbanding oren.

3. Kandungan tinggi khasiat lain dalam buah kiwi berbanding buah-buahan lain: l Vitamin E — jarang 
sekali makanan rendah lemak, terutama buah, boleh menjadi sumber vitamin E (dikenali sebagai vitamin 
yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan jantung dan antioksidan) tetapi buah kiwi ialah sumber 
vitamin E rendah lemak semula jadi.
l Asid folik — diperlukan untuk menghalang kecacatan neural di kalangan bayi
l Potasium — Ia mempunyai tahap hampir sama dengan pisang, berpotensi memberi manfaat di dalam 
penjagaan tekanan darah dan kesihatan jantung.

4. Buah kiwi sumber yang baik untuk lutein karotenoid — Buah kiwi bukan saja mempunyai kandungan 
konsentrasi tertinggi lutein di kalangan buahan tetapi lutein daripada buah kiwi terbukti jauh lebih dibioakses 
(lebih baik daripada sayur-sayuran), membantu masalah penglihatan yang berkait dengan usia tua.


5. Buah kiwi tinggi kaya antioksidan (contohnya, polifenol, karotenoid) dan bahan fitokimia yang berfaedah, 
termasuk enzim unik lain.

6. Buah kiwi berupaya mempertingkat fungsi sistem daya tahan anda — perlindungan semula jadi yang 
membantu anda melawan kesan stres, inflamasi dan serangan bakteria serta virus.

7. Memakan hanya dua biji buah kiwi sehari terbukti membantu mengurangkan kadar kerosakan oksidatif 
terhadap sel anda dan memperbaiki DNA rosak disebabkan tekanan oksidatif. Ini dibuktikan dalam kajian 
di New Zealand dan Eropah.

8. Mengambil buah kiwi ketika makan boleh mengurangkan tekanan oksidatif ke atas badan selepas makan, 
terutama makanan tinggi lemak. Penyelidikan di Amerika Syarikat menunjukkan orang yang mengambil kiwi 
ketika atau sesudah makan menunjukkan penurunan petanda tekanan oksidatif.


9. Hanya dua hingga tiga buah kiwi sehari mampu mengurangkan agregasi platelet darah — Agregasi platelet 
ialah faktor risiko yang diketahui untuk penyakit kardiovaskular. Ia menyebabkan penyumbatan arteri dan salur 
pembuluh darah.

10. Buah kiwi sesuai dimakan untuk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat — Diiktiraf sebagai pembantu 
pencernaan semula jadi, ini ialah gabungan unik serat makanan dan komponen lain dalam buah kiwi.

11. Vitamin dan mineral — Makan kiwi dengan kerap ialah satu cara mudah mendapatkan nutrien penting untuk 
badan anda, yang boleh membantu anda berasa lebih sihat. 

12. Tenaga makanan (kalori) — Jika mahu menjaga badan, buah Kiwi Zespri seharusnya menjadi pilihan anda. 
Ia bukan saja padat dengan khasiat nutrien, tetapi rendah lemak secara semula jadi dan mempunyai kadar 
indeks glikaemik (GI) rendah. Sebiji kiwi mengandungi 60 kalori dan memakan dua buah kiwi bersaiz sederhana 
membekalkan anda pelbagai nutrien yang diperlukan untuk gizi pemakanan sihat.

p/s melembabkan, menyegarkan dan menganjalkan kulit juga melambatkan proses penuaan jika mengamal memakan buah kiwi.
(korg yg girl2 msti suke yg ni kn..ngee~~~)


2 comments:

Unknown said...

ayie tak pernah makan buah kiwi lol..hehe btw, bnyk tu khasiat dia..

Nurul Aina said...

pas ni kne makan tau...mmg berkhasiat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...