Sunday, February 27, 2011

10 Penyakit Keturunan Paling Menakutkan di Dunia.

 
Berikut di Paparkan 10 Penyakit Keturunan Paling Menakutkan di Dunia.

10 - Botak. 
Common dikalangan lelaki. Botak disebabkan oleh kerosakkan pada kod genetik kedua-dua ibubapa.


9 - Lactose Intolerance. 
Tidak boleh minum susu.
8 -Jerawat.  
Kebanyakan remaja yang tumbuh jerawat dikaitkan dengan ibubapa mereka yang pernah mengalami masalah yang sama. Atau masalah kulit yang lain.
7 - Mempunyai Kembar. 
Penyelidik Amerika mengatakan ibu mempunyai kod genetik yang mana membuatkan mereka menghasilkan telur dengan banyak (mereka yang belajar biology mungkin lebih arif perkara ni). Oleh itu, mereka berkemungkinan akan melahirkan anak kembar setiap kali mengandung (berbahaya dari segi social anak-anak bila dah besar, kewangan, keperluan asas mereka,etc..etc..)
6 - Penyakit Jantung. 
Risiko mendapat penyakit jantung lebih tinggi jika ada ahli keluarga yang mempunyai sejarah penyakit jantung, seperti darah tinggi.
5 - Obesity. 
Obesity dikaitkan dengan kod genetik yang diwariskan daripada nenek moyang kita dahulu. Ia lebih kepada makan berlebihan kalau diikutkan statistik.
4 - Buli. 
Genetik yang membuatkan seseorang itu ganas dikatakan diwarisi daripada ibubapa. Atau keturunan sebelumnya. Tetapi penyelidik menyatakan role genetik tersebut lebih mudah diwarisi oleh golongan wanita.
3 - Buta Warna. 
10 juta orang di US sahaja tidak boleh membezakan warna merah daripada hijau. Buta warna lebih common dikalangan lelaki.
2 - Kanser Payudara. 
Penyakit misteri kerana masih tidak diketahui puncanya. Lebih kepada wanita. tapi lelaki juga mempunyai risiko mendapat kanser tersebut.
1 - Alcoholism. 
50% kanak-kanak berisiko mendapat tabiat minum arak. Ingat lagi budak lelaki Indonesia yang masih hingusan merokok? Dia juga dikatakan minum arak. Syukur ia tidak terjadi Malaysia. Tapi dinegara-negara yang menjual arak secara terbuka mengalami masalah ini.

Cara Mengesan Bau Mulut


Bau mulut memang sangat mengganggu, tetapi tak setiap orang menyadari ia memiliki masalah dengan bau mulutnya. Sebab, otak manusia menyesuaikan diri dengan bau tubuhnya. Sebelum ditegur orang lain karena bau tak sedap itu, kita boleh mendiagnosa diri apakah kita punya masalah dengan mulut. 

Pertama cek warna lidah. Warna lidah yang merah jambu dan berkilat menunjukkan nafas yang sehat. Sedangkan lidah berwarna putih dan bersisik menunjukkan nafas yang bau. 

Cara lainnya, biasanya kita mencium bau mulut kita dengan mengatupkan kedua tangan di depan mulut, lalu mencium bau yang keluar dari mulut. Namun, ternyata itu bukan cara yang tepat. Dokter Harold Katz seperti dikutip majalah Time menyarankan agar kita menjilat belakang tangan, lalu diamkan beberapa minit hingga kering, lalu cium baunya. Setelah kita mengetahui punya bau mulut, berikutnya kita dapat melakukan beberapa cara untuk mengatasinya. 

Paling penting adalah jangan sampai mulut kita kering, karena mulut kering menjadi tempat subur bagi bakteria. Air liur mengandung oksigen yang bisa menjadi senjata ampuh pembunuh bakteria. Bakteria tidak bisa hidup dengan adanya oksigen. Jadi banyak minum atau mengunyah gula gula boleh memicu produksi air liur dan menghilangkan bau mulut. 

Makan gula gula atau menggunakan cairan pencuci mulut sebenarnya boleh menjadi salah satu alternatif untuk menghilangkan bau mulut. Namun, cara itu tidak mampu bertahan lama. Cara lain yang lebih efektif adalah dengan memperhatikan asupan makanan. Beberapa jenis makanan boleh memicu bau mulut, sebaiknya hindari jenis makanan seperti bawang putih, bawang merah, makanan berkari, dan ikan. Sedangkan minuman yang sebaiknya dihindari adalah bir, wine, kopi, dan soda. 

Semua jenis makanan dan minuman itu mengandung bau tak sedap yang akan diserap ke aliran darah. Coklat dan gula gula juga perlu dihindari, karena gula mendorong bakteria tumbuh di dalam mulut. Ada makanan yang boleh membantu menyembuhkan bau mulut. Antara lain teh hijau karena memiliki kandungan anti bakteria yang dapat menghilangkan bau. Selain itu, kayu manis juga ampuh karena mengandung minyak essensial yang boleh membunuh berbagai jenis bakteri oral. Buah dan sayur kering seperti seledri atau apel juga boleh menjadi pilihan makanan yang dapat hilangkan bau mulut.

Friday, February 25, 2011

FALSAFAH KUCING


Makanan kesukaan kucing ialah ikan.


Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut.


Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya.


Untuk dapat menikmati ikan, apa kucing akan lakukan??


Yaaa….kucing hanya perlu menggesel2kan dirinya kepada tuannya,dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya.


Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya.


Begitu jugalah dengan dirimu…


untuk mendapat kehidupan yang baik, maka apakah yang perlu dilakukan?


Yaa….hendaklah dikau dekati Tuanmu….ALLAH yang maha agung.


Kenali,dekati dan ‘bermanjalah’ kepada-Nya.


Nescaya kelak…pasti dikau akan disayangi dan dirahmati olehNya.


Dikau pastinya akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka2.


Jangan ingat dengan usaha dan susah payahmu itu mampu mendatangkan rezeki…tanpa izin Tuanmu.


Lihatlah bagaimana kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan…


Walaupun kucing dapat ikan tapi tuannya telah marah dan bengang padanya.

Maka jika begitu… apalah gunanya?????

FaceBlog





aku org yg ke 602 join faceblog nih..huhuhuhuhu..jom la join reramai..

Thursday, February 24, 2011

9 jenis wanita yang perlu dijauhi lelaki...

LELAKI SERING DIGAMBARKAN SEBAGAI SEORANG YANG EGO, KERAS HATI DAN PEMBULI SEMENTARA WANITA PULA DIGAMBARKAN SEBAGAI MAKHLUK LEMAH LEMBUT DAN PERLUKAN PERHATIAN DARI LELAKI SEPENUHNYA.

Tetapi awas, bukan semua kejadian begitu sebaliknya 9 sikap ini perlu anda beri perhatian tentang wanita. Cuba semak, apa sikap wanita yang perlu lelaki jauhi!

1. Perasan cantik
Wanita ini, beranggapan amat mudah mencairkan hati lelaki dengan kecantikan yang mereka ada. Lebih malang, ada yang menjadikan wajah cantik sebagai aset dan bergelar pisau cukur dengan mengikis harta lelaki kaya yang begitu mendambakan layanan wanita cantik. Biasanya golongan cantik ini percaya, wajah mereka boleh memberikan mereka apa saja termasuklah cinta.

2. Punya ‘sugar daddy’
Dalam kehidupan di kota yang serba-serbi memerlukan wang ada wanita yang sanggup mendampingi lelaki kaya demi kesenangan hidup. Mereka sanggup menyerahkan tubuh badan memberikan layanan seks demi wang biar pun haram di sisi agama. Lelaki yang merasakan ia satu peluang yang sukar dilepaskan pula sanggup menabur wang untuk kepuasan nafsu mereka.

3. Pandai ambil kesempatan
Bagi mereka, setiap peluang perlu direbut dengan pantas tanpa mengambil kira sama ada ia hak orang lain atau tidak. Kalau tidak, masakan muncul kisah tunang dirampas, suami diambil wanita lain dan sebagainya.

4. Suka mengongkong
‘Queen control’ inilah gelaran paling sinonim dengan wanita sedemikian. Mereka suka mengawal semua pergerakan pasangannya, dengan siapa suami keluar, balik jam berapa dan macam-macam lagi. Suami yang mendapat isteri begini dikatakan sering menjadi bahan jenaka jika sanak saudara berkumpul.

Cuba bayangkan, ketika sedang minum di kedai mamak bersama rakan lelaki, isteri menelefon menyuruh anda balik segera sedangkan teh tarik baru saja terhidang. Suami mana yang tidak stres. Wanita ini bersikap demikian kerana cemburu dan tidak mahu suami mempunyai wanita lain.

5. Mahu Sempurna
Sikap wanita yang mahukan kesempurnaan juga merimaskan. Bagi mereka, setiap perbuatan orang lain adalah salah dan hanya mereka saja yang betul. Malah bagi mereka, tiada orang lain yang sempurna kecuali mereka. Bayangkan jika anda mempunyai isteri begini, alamatnya makan hatilah selama bersama.

6. Selekeh
Jangan ingat lelaki saja yang selekeh tetapi ada juga wanita yang tidak tahu menjaga penampilan diri. Bagi mereka, cukup berkain batik saja bila di rumah atau memakai baju kaftan seharian walau pun suami ada di rumah. Sebaiknya, biar tidak cantik tetapi pandai menjaga penampilan diri.

Begitu juga halnya dengan wanita yang tidak mempedulikan apa kata-kata orang tentang penampilannya itu, ia juga bahaya. Mereka tidak dapat membuat penilaian tentang diri sendiri selain mengabaikan cakap-cakap orang tentang mereka juga.

7. Suka mengharap
Ada sesetengah wanita yang tidak mampu membuat sebarang keputusan untuk diri mereka dan terlalu mengharapkan orang lain memberikan jawapan bagi diri mereka. Biasanya wanita begini kalau ditinggalkan suami, hidup mereka lebih merana kerana terlalu mengharap.

8. Terlalu cemburu
Lebih teruk lagi jika cemburu buta. Wanita ini biasanya akan menyerang pasangan sebelum sempat memberi penjelasan. Cemburu ini biasanya akan menjadi perosak kepada sebuah perhubungan. Malah ada yang sanggup memutuskan perhubungan kerana tidak sanggup berdepan dengan kerenah wanita cemburu.

9. Tidak berhati-hati
Bayangkan, apabila anda tidak berhati-hati dalam setiap perbuatan dan kata-kata, ia tentu saja akan melukakan hati orang lain. 

CINTA ALLAH


Cinta monyet adalah asam garam yang pernah dilalui pada zaman remaja. Apabila sudah bercinta bermulalah episod saling merindui dan tanda seseorang itu sudah `diserang' penyakit angau.

Untuk mendapat cinta, manusia berusaha apa saja cara tidak kira di mana dan masa asalkan sasaran cinta tercapai. Dalam mencari cinta sejati manusia, bukan hanya remaja, kadang-kadang tersasar dalam erti sebenar cinta.

Kita hanya bergelut mencari cinta manusia yang tidak bertahan lama dan hanya kadangkala bersifat lipstik.

Lupa kepada cinta agung yang menjadi sumber segala cinta.

Cinta Allah adalah cinta hakiki. Kemuncak segala motivasi, samudera segala bekalan dan kesudahan segala keindahan.

Cinta yang membawa kepada segala kebaikan dan berkesudahan menikmati dua syurga iaitu syurga dunia dan akhirat.



Jika Allah adalah cinta segala cinta, dunia akan bertenggek di menaranya. Yang patut diusaha dengan sekuat tenaga, bagaimana hendak dapat cinta Allah.

Sebagai panduan, di sini dijelaskan beberapa faktor dan resipi bagaimana hendak mendapatkan cinta agung Allah.

1. Dengan membaca al-Quran serta merenung dan memahaminya. Berinteraksi dengan al-Quran sama seperti berinteraksi dengan Allah. Sebab kitab ini adalah penghubung di antara makhluk dengan pencipta- Nya.

Dalam hadis Rasulullah bersabda: "Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarnya." Kemudian dalam keterangan lain Rasulullah menjelaskan: "Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan) kepada siapa sahaja yang membacanya pada hari akhirat kelak." Di rumah sahabat dulu, biasanya tergantung al-Quran dan pedang. Kenapa dua-dua ini digantung? Sebabnya pedang digunakan untuk pertahanan dan membuka negeri manakala al-Quran untuk membuka hati.

Sekiranya kita boleh baca akhbar dan majalah, malah menghabiskan duit untuk mengumpul gambar penyanyi takkanlah tidak ada masa sebentar untuk baca al-Quran.

Hati yang tidak dihuni dengan al-Quran akan dipenuhi kemunafikan, khayalan gangguan dan kemurungan. Maka isilah hati kita dengan ayat al-Quran.

Kisah seorang sahabat bernama Ubay yang pernah namanya disebut Allah kerana suka membaca al-Quran. Apabila Nabi beritahunya, Ubay terus menangis.

Nabi menguji Ubay dengan soalan, apakah ayat al-Quran yang paling agung. Beliau menjawab: "Ayat kursi." Banyakkanlah membaca ayat ini.

Selain itu, jika hendak dapat cinta Allah seseorang itu perlu solat malam (Kiyamullail). Kita memang biasa bangun malam atau berjaga malam.

Tapi bukan untuk solat, tetapi untuk tengok bola, menonton filem, berborak serta melepak.

Kiyamullail tidak semestinya bangun pada jam tiga atau empat pagi.

Cukup sekadar sembahyang dua rakaat sebelum masuk waktu Subuh sudah memadai.

Ketika menonton siaran bola sepak pula, ketika perlawanan berhenti pada waktu rehat kita ambil wuduk dan bersolat sunat dua rakaat.

Antara cara yang boleh dilakukan ketika Kiyamullail ialah:

1. Berniat untuk bangun solat malam dan berdoa.

2. Jangan melakukan dosa pada siang hari sebab dosa pada waktu siang hari akan ikat rohani kita daripada bangun malam.

3. Tidurlah awal sedikit. Jika tidur jam satu atau dua pagi kemudian hendak bangun Qiyamullail memang tidak jadi.

4. Tidur sekejap waktu tengah hari.

Justeru, hendak dapat cinta Allah ialah dengan merenung ayat Allah. Merenung ayat Allah maknanya merenung kejadian yang Allah ciptakan seperti kejadian langit yang tiada bertiang tetapi boleh tertegak dengan kukuhnya.

Allah sembunyikan malam dan datangkan cerah dan siang. Bagaimana Allah jadikan kita? Besarkan kita? Kemudian usia kita menginjak remaja, akhirnya menjadi tua.

Kemudian bagaimana Allah jadikan tumbuhan nampak sama, tetapi tidak serupa? Buah rambutan nampak serupa, tetapi tidak sama.

Semua ini akan mendekatkan kita kepada Allah. Kita perlu merasa betapa lemah dan kerdilnya diri kita terhadap keagungan Allah.

Maka jika kita cinta kepada Allah maka Allah pasti akan membalas semula cinta kita.

Tuesday, February 22, 2011

ALHAMDULILLAH....

Alhamdulillah..syukran..syukran...akhirnye dapat gak aku makan gaji yang setimpal ngan usaha aku...(cewaahh)..hurm seronok jek bile tgk slip gaji tadi,setahun aku tunggu,bru hari ni aku mendapat...suke sangat..berbunga2 lam hati..hehehehhehehhe..gaji PTK gua da masuk bebb...

hahahha..mane aku tak sukenyer..tunggakan setahun beb..bulan2 dlm seratus lebih,lau 12 bulan da brape derr...hahhaaha..cmpur knaikan tahunan lg...tp aku bukan la nk bangga diri atau blagak kaye,tp just nk luahkan perasaan gumbira ni jek..seronok sangat..

nk buat ape ngan tunggakan??hehehe.,.bajet cm nak beli motor baru..almaklum la,moto yg ade ni da uzur tahap gaban..hahhhahhaa...rosak sane sini..meter minyak pon da tak jalan...(sian kan..)hehhe....tapi tak tau la dapat beli ker tak.. :(  ..alahai sadis la plak..hheehehhehe

apepon aku taknk sia-sia kan duit tunggakan tu dgn belanje yg bukan2,tp member2 opis aku nk suh aku belanje diorg..ala belanje diorg berape hengget jek kan..boleh la..kawan2 ku,nanti i belanje uols yer...aku jek yg belum blanje diorg..diorg sume masing2 da belanje aku...skang aku balas la balik..huhuhuhuhu..seronoknyer..baru la ade smangat setiakawan...

hurm..lebihnyer wat simpanan la..wat rawatan anak aku skali..stiap kali mikir anak aku,stiap kali tu la aku nk nangis...mengenangkan nasib dia..tp aku yakin,suatu hari nanti dia akan dapat berjalan seperti kanak2 lain...aku nk dia membesar normal,bojeh jalan,berlari...Tuhan pasti bersamaku..insyaallah..(alahai...cite sedih lagi..huhuhuhu)

ok lah..kite kan nak happy2..sbb aku tgh happy skunk nih..hehehhehe..lalalalalal...tata lah..nk tdokan si kenit yg banyak mulut nih..bising ngat la...pot pet saje slagi lom tido..jom tido la anak umi comot....harap2 esok bngun boleh jalan yer syg..(pkara tu la yg slalu aku doakan setiap malam sebelum dia tido)..amiinnn..

Perkara Yang Perlu & Jangan Dilakukan Sebelum Tidur

kucing-tidur.jpg
Cara sebaiknya jika nak Tidur...

1. Jangan tidur bersama jam tangan. Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda.

2. Jangan tidur dengan telefon bimbit. Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada diantara kita menggunakannya sebagai alat penggera. Para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan.

3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat. Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau dimana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.

4. Jangan tidur dengan coli. Bagi perempuan pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara melalui kajian yang dijalankan oleh saintis Amerika. Memakai bra melebihi 12 jam adalah berisiko.

5. Jangan tidur dengan seluar dalam. Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai la 'boxer' yang longgar dan selesa.

6. Jangan tidur tanpa seurat benang. Hal ini juga penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang kemalangan/kecemasan bukankah ia memudaratkan anda?


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wuduk sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan dibawah pipi.

Moga Kita Dapat Mengamalkan Perkara yang baik-baik sahaja dalam hidup ini.

TAHUKAH ANDA

Laut yang airnya paling jernih di bumi terdapat di laut Weddell, yang terletak di lepas pantai Antartika, Kutub Selatan.

Berdasarkan penelitian para ahli dari Institut Alfred Wegener pada tanggal 13 Oktober 1986, sebuah piringan bernama Secchi Disk yang telah ditenggelamkan hingga kedalaman 262 feet atau sama dengan kedalaman 79,8 meter, masih dapat terlihat jelas dari permukaan. Tingkat kejernihan seperti ini hanya mungkin dicapai oleh air suling murni.


************

Istana Nurul Iman, yang dimiliki oleh Yang Mulia Sultan Brunei, Sir Muda Hassanal Bolkiah Mui'zzaddin Waddaulah (lahir 15 Juli 1946) adalah rumah kediaman paling mewah yang ada diatas bumi.

Istana yang diselesaikan bulan Januari 1984, bertepatan dengan kemerdekaan Brunei ini, dibangun dengan biaya US$ 350 Juta.
Tempat kediaman Sultan Brunei ini memiliki 1.788 buah kamar dengan 257 kamar mandi dan toilet. Di ruang bawah tanah istana itu terdapat sebuah garasi yang sedemikian luasnya hingga mampu menampung 110 buah kenderaan milik sang Sultan.

************ 

Beberapa negara di dunia diambil dari nama tokoh.

Negara-negara tersebut adalah -
Bolivia, diambil dari nama Simon Bolivar;
Colombia diambil dari nama Christopher Columbus,
Nicaragua diambil dari nama kepala suku Nicarao,
Liechtenstein diambil dari nama Johann von
Liechtenstein,
Saudi Arabia diambil dari nama Raja Saud,
dan Filipina diambil dari nama Raja Phillip.
Amerika Serikat pun namanya diambil dari nama
seseorang, yaitu nama penjelajah Amerigo Vespucci.


 ************
Nama warna Magenta berasal dari nama sebuah pertempuran antara tentara Perancis dan Sardinia melawan tentara Austria di tahun 1859. Pertempuran tersebut berlangsung di sebuah tempat yang bernama "Magenta".

Setelah pertempuran selesai, warna campuran antara merah dan ungu ditiru oleh para ahli kimia Perancis untuk menggambarkan warna darah yang mengering. Dan untuk mengenang pertempuran yang terjadi, warna baru itu diberi nama warna Magenta.

kata-kata pelik dari orang yang terkenal...

anda mesti kenal salah seorang dari mereka nih...mereka org yang dikenali di seluruh pelusuk dunia..mereka hebat..rahsia kejayaan mereka??kerana mereka mempunyai prinsip yang pelik....dan kerana prinsip pelik ini lah mereka dikenali ramai..hingga ada yang mengagungkan mereka...
Mark Twain,Penulis :Saya tidak suka dengan pergaduhan. Bila saya memiliki musuh, saya akan memaafkannya, mengajaknya ke tempat yang sunyi, baru membunuhnya di sana.

Henry Ford,Pengasas Ford Motor :Berpikir adalah pekerjaan terberat, kerana itulah sedikit sekali orang yang mahu menggunakan otaknya.

Albert Einstein,Ahli Fizik :Memahami cukai adalah hal yang paling susah untuk dipahami di dunia ini.

T.S. Eliot,Penulis :Penulis yang masih muda, meniru. Penulis yang sudah berpengalaman, mencuri idea.

Agatha Christie, Novelis Misteri :Kolektor barang antik adalah suami yang paling baik, kerana semakin tua istrinya, semakin dia mencintainya.
James Baldwin,Penulis, Aktor :Semua orang memuji-muji surga, tapi tidak ada orang yang mahu pergi ke sana sekarang juga.

Benjamin Franklin, Negarawan :Orang yang pandai meminta-minta maaf, jarang sekali pandai melakukan hal-hal lain.

Adolf Hitler,Pemimpin Nazi :Alangkah beruntungnya kerajaan bila rakyatnya tidak boleh berpikir.Aku tidak perlu berpikir kerana aku adalah pegawai kerajaan.


Monday, February 21, 2011

lapar dan kenyang

fat.jpg
Semoga kita semua tabah hadapi ujian kehidupan ini dan istiqamah dalam beribadat kepada Ilahi... .

Di dalam lapar ada 10 kebaikan dan dalam kenyang ada 10 kemudaratan.

1. LAPAR: menjernihkan hati, mencerdaskan otak, dan menerangi penglihatan hati.

   KENYANG: menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta.

2. LAPAR: merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut dan bercahaya.

    KENYANG: zikirnya hanya di lidah dan hati tidak merasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya Allah.

3. LAPAR: menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di saat ini rasa kehambaannya pada Tuhan adalah   
    memuncak, hatinya akan tenang.

   KENYANG: tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuanan akan memenuhi hati.

4. LAPAR: tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal cerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila    
    melihat bala di dunia.

    KENYANG: menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan dan lupa bala Allah.

5. LAPAR: mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu.

    KENYANG: mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke 
    dalam  hati manusia.

6. LAPAR: kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun

   KENYANG: akan merasa mengantuk kerana gas yang dihasilkan oleh pencernaan makanan meruap ke otak. 
   Otak kekurangan oksigen.

7. LAPAR: mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadah kerana pintu godaan syaitan tertutup.

   KENYANG: syaitan makin mengganggu ibadahnya menyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya pada 
   Allah.

8. LAPAR: terhindar daripada banyak jenis penyakit kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada 
    kandungan makanan yang di makan.

    KENYANG: mengundang pelbagai jenis penyakit seperti diabetis, taun dan lain-lain.

9. LAPAR: menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan
    terhadap makanan

   KENYANG: sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk mendapatkan makan, sedang negara 
   menghadapi krisis ekonomi yang hebat.

10. LAPAR: menyemai rasa kasih sayang pada insan lain terutama fakir miskin dan anak yatim.

     KENYANG: tidak merasai kesusahan orang lain seterusnya menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.


Lapar merupakan tali yang mengikat nafsu. Ingatlah bahawa syaitan sentiasa berada dalam diri anak Adam dan berjalan melalui salur darah (arteri dan vena) . Dan saluran itu akan disempitkan untuk syaitan dengan berlapar dan haus. Cubalah menahan diri daripada terlalu banyak makan dan minum dengan cara berpuasa. Bila berbuka berbuka jangan hentam habis pula. Berusahalah untuk membuktikan kasih dan sayang pada diri kita. Kasihilah akal, hati dan badan, agar anggota itu berfungsi dengan baik. Insya Allah kita akan dapat memberi kasih sayang pada orang lain dan semoga NUR Allah akan menyinari hari-hati kita. Berusaha, berjaya!

sekali...dua kali...tiga kali....berkali-kali

TERTAWA
Sekali tertawapusing kepala hilang.
Dua kali tertawabencipun sirna.
Tiga kali tertawapersoalan lari.
Empat kali tertawapenyakit sembuh.
Lima kali tertawajadi awet muda.
Enam kali tertawahati penuh sukacita.
 
SENYUM
Sekali senyumcuriga hilang.
Dua kali senyumjadi sahabat.
Tiga kali senyumhati penuh damai.
Empat kali senyumbeban jadi ringan.
Lima kali senyumrezeki datang.
Enam kali senyumkeluarga rukun.
 
HATI
Hati yang gembiraadalah obat yang manjur.
Hati yang kerasmenemui jalan buntu.
Hati yang lembutmendatangkan sahabat.
Hati yang lobamenciptakan perangkap.
Hati yang bersihmenjauhkan masalah.
Hati yang licikmendatangkan musuh.
 
MARAH
Sekali marahSukacita hilang.
Dua kali marahAkal sehat terbang.
Tiga kali marahTekanan darah naik.
Empat kali marahteman-teman pergi.
Lima kali marahJadi cepat tua.
Enam kali marahPintu dosa terbuka.
 
BANYAKDalam hidup ini...
Berdoalah yang banyak,agar hati tenang.
Taburlah yang banyak,agar menuai banyak.
Bertanyalah yang banyak,agar ilmu bertambah.
Bacalah yang banyak,agar jadi lebih bijak.
Lihatlah yang banyak,agar tambah pengalaman.
Dengarlah yang banyak,agar penuh pertimbangan.
Jalan-jalanlah yang banyak,agar tidak kuper.
Kerjalah yang banyak,agar tidak kekurangan.Dan. ..
banyaklah humor,agar sehat dan awet muda.
 
SEDIKIT
Dalam hidup ini...Kerja hati-hatilah sedikit,agar luput dari celaka.
Selesai kerja santailah sedikit,agar kekuatan pulih kembali.
Sampai rumah happy-lah sedikit,agar keluarga senang.
Ada persoalan tenanglah yang sedikit,agar tidak salah langkah.
Dalam pergaulan senyumlah sedikit,agar banyak kawan.
Kalau makan pantanglah sedikit,agar tidak kena stroke.
Sama lingkungan perdulilah sedikit,agar dapat jadi berkat.
Kalau bertindak berimanlah sedikit,agar diberkati Tuhan.
Dan...jadi orang cincai-lah sedikit,agar tidak stress.
 
KURANGI & PERBANYAK
Dalam hidup ini...
Kurangi ucapan yang mendendam,
perbanyak ucapanyang mengasihi.Kurangi kata-kata yang mengejek,
perbanyak kata-katayang menghargai.
Kurangi kata-kata yang melemahkan,
perbanyak kata-katayang mendorong.
Kurangi perkataan yang menolak,
perbanyak perkataan yang memperhatikan.
Kurangi kata-kata kritik,
perbanyak perkataanyang membangun.
Kurangi kata-kata yang sia-sia,
perbanyak kata-katayang mendatangkan inspirasi.
Kurangi kata-kata yang kasar,
perbanyak kata-katayang lemah lembut.

Makna Sebuah Cinta

 
Ape sebenarnya makna cinta???sukar untuk mencari cinta,sukar mengekalkan cinta dan sukar untuk melepaskan cinta....bahgianya apabila mendapat cinta...pedihnya bila putus cinta...
 
cinta itu menyakitkan..
cinta itu melalaikan..
cinta itu membutakan hati dan mata seseorang..hinggakan kite tidak menghiraukan baik buruk seseorang
cinta membuatkan diri dibenci org...
cinta takkan pnh jemu mncri mangsa..
cinta akan kekal selagi jasad tegak brdri..

love is wat I see in, ur smile everyday..
love is wat I feel in, every touch u give..
love is wat I hear in, every word u say..
love is wat we share everyday we live..
bee love honey..
miss love money..
flower love due..
but....
I LOVE U..

pergi takkan kembali...

bila izrail datang memanggil. jasad terkujur di pembaringan...

begitulah manusia di dinua ini pasti akan kembali kepadaNya...
semalam berita sedih jiran di berekku telah pergi meninggalkan semuanya..
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau..Amiinn..
Al-Fatihah...

Sunday, February 20, 2011

LAWAK : cara-cara nk handle hantu..

bace bile korg free...hahaahah.....

Pocong        Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya.
                   Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya.
                   Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan                pembungkusnya tu.
 

Langsuir      Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah.
                   Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.
 

Pontianak     Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama.
                    Kalau boleh kita
cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.
 

Hantu Raya    Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia.  
                     Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia,
                     bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang.
                     Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.
 

Hantu Galah   Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi.
                      Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.
 

Jerangkung    Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya.
                      Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi  
                      badan untuk berdiri tegak.
 

Toyol              Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas,
                      lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya...
                      lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen  banyak2 tu
 

Hantu Ponteng   Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr.. 
                          takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepas tu nengok e-mail.. 
                          macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie..
                          macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu.. 
                          jadi bawak-bawaklah buat kerja ... .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...